TEHRAN: Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam, lapor Agensi Anadolu.
Jurucakap suruhanjaya pilihan raya Iran, Mohsen Eslami berkata proses itu berakhir pada tengah malam waktu tempatan.
Pengundian bermula pada 8 pagi Jumaat dan berakhir pada 6 petang, selaras dengan perlembagaan bahawa tempoh mengundi selama 10 jam.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri melanjutkan tempoh pengundian agar membolehkan lebih ramai pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.
Empat calon bertanding untuk jawatan itu selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter bulan lepas.
Calon-calon itu adalah Mohammad Baqer Qalibaf, Saeed Jalili, Masoud Pezeshkian dan Mostafa Pourmohammadi.
Dianggarkan 64 juta pengundi di Iran layak mengundi dalam pilihan raya berkenaan dan majoritinya golongan muda.
Sebanyak 58,640 pusat mengundi disediakan di seluruh negara bagi memudahkan proses pengundian.
Di luar negara, Kementerian Luar menetapkan 344 pusat mengundi untuk rakyatnya.
Pilihan raya 2021 menyaksikan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu 49 peratus.
Keputusan dijangka diumumkan petang Sabtu, namun pengiraan undi bermula sejurus selepas pusat pengundian ditutup.
Sekiranya tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi, pusingan kedua akan diadakan pada 5 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Empat calon bertanding untuk jawatan itu selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter bulan lepas. - Foto Reuters

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Tempoh pengundian bagi pilihan raya presiden Iran tamat
Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam.