JAKARTA: Kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 disahkan telah meninggal dunia.
Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media hari ini.
Jelasnya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.
"KRI Rigel telah melakukan penyiasatan dengan lebih terperinci di lokasi tersebut menggunakan multibeam sonar dan magnetometer telah menghasilkan visual dalam air yang lebih terperinci.
"MV Ship Rescue juga telah menurunkan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) untuk memperkukuh visual bawah air menggunakan kamera," katanya dalam sidang media pada Ahad petang.
Antara yang ditemui kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan kapal selam, alat selaman yang terapung serta beberapa bahagian kapal yang lain.
Jelas Hadi, penemuan serpihan itu mengukuhkan lagi nahas yang menimpa kapal selam itu.
"Berdasarkan bukti-bukti kukuh tersebut, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala-402 telah tenggelam dan seluruh anak kapalnya telah gugur," katanya.
Agensi
Sun Apr 25 2021

Perkara itu disahkan beliau menerusi satu sidang media hari ini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tenggelamnya Nanggala 402: Kesemua 53 anak kapal selam meninggal dunia - TNI
Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengesahkan kesemua 53 anak kapal Nanggala 402 telah meninggal dunia.

Tenggelamnya Nanggala 402: Muhyiddin, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah
Muhyiddin yang turut mewakili seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan menyayat hati tersebut.

Tenggelamnya Nanggala 402: "Mereka patriot kedaulatan negara" - Jokowi
Beliau menyifatkan kesemua mereka yang berada di dalam KRI Nanggala 402 itu merupakan pejuang republik itu.