Tentera Mesir mengeluarkan rakaman serbuan yang dibuat ke atas penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi berhampiran bangunan Pengawal Republikan dekat Kaherah.
Laporan mutakhir mengesahkan 54 maut termasuk tiga anggota keselamatan manakala lebih 400 lagi cedera.
Angka berkenaan dianggap paling tinggi dalam keganasan tunjuk perasaan selepas bekas Presiden pertama mesir yang dipilih secara demokrasi diguling tentera minggu lalu.
Dalam kejadian itu, penyokong Ikhwanul Muslimin mendakwa, lokasi mereka berhimpun diserbu tanpa sebarang amaran.
Ketika itu sebahagian besar selesai menunai solat Subuh.
Bagaimanapun ia disangkal tentera yang mendakwa tindakan diambil selepas anggotanya terbunuh ditembak lelaki bersenjata.
Pertempuran berlarutan selama 3 jam di mana penunjuk perasaan bertindak membaling batu dan bom api setelah lokasi mereka digempur.
“Jurucakap tentera tipu. Kami tidak pernah serang sesiapa dan jauh sekali untuk serang tentera kerana senjata apa yang kami ada? Seperti yang saya katakana tadi, pihak tentera menipu,” kata seorang penyokong Morsi, Safwat Hegazy.
Bangunan Pengawal Republikan sebelum ini dikatakan menjadi lokasi penahanan Morsi bersama anggota keluarganya ditahan selepas disingkir, Rabu lalu.
Astro Awani
Tue Jul 09 2013
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Karim Benzema fail saman fitnah terhadap menteri Perancis
Hanya kerana nyata sokongan kepada rakyat Palestin, Benzema didakwa ada hubungan dengan Ikhwanul Muslimin oleh Menteri Dalam Negeri Perancis.
Ketua hak asasi manusia PBB sentuh krisis Idlib dalam ucapan sulung
Bekas presiden Chile itu melahirkan kebimbangan mengenai operasi ketenteraan yang berterusan di wilayah pemberontak Syria itu.
Tunjuk perasaan 2013: 75 terima hukuman mati, 47 penjara seumur hidup
Mereka didakwa terbabit dalam tunjuk perasaan menyokong presiden yang digulingkan pada 2013, Mohammed Morsi.
Mesir: Lapan anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati
Dua lagi defendan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sementara 10 lagi dihukum penjara 10 tahun.
Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh penunjuk perasaan 2011
Mahkamah turut membebaskan bekas Presiden Mesir itu dan anak-anaknya daripada tuduhan rasuah.
Peguambela bekas Presiden Mesir keluar dari mahkamah, perbicaraan ditunda
Barisan peguambela bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi keluar dari mahkamah sebagai protes terhadap penggunaan kandang kaca bagi menempatkan defendan.
Hamas nafi tuduhan Kementerian Dalam Negeri Mesir
Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Kaherah bahawa ia melatih anggota Ikhwanul Muslimin bagi melancarkan siri serangan di Mesir.
PAS nafi Abdul Hadi Awang dilantik jadi setiausaha agung Ikhwanul Muslimin
PAS menafikan sekeras-kerasnya laporan muka hadapan akhbar Mesir, Al-Wathan yang mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai setiausaha agung Ikhwanul Muslimin.
Penyokong Mohamed Morsi merancang protes besar-besaran pada Isnin
Penyokong Ikhwanul Muslimin bantah perbicaraan bekas Presiden Morsi yang dijadualkan bermula esok.
Krisis di Mesir tidak lagi berkisar Morsi, kini ditujukan kepada tentera
Protes yang berlaku di Mesir kini bukan lagi ditujukan untuk bekas Presiden Mohamed Morsi atau Ikhwanul Muslimin namun, ianya kini berubah kepada protes marahkan tentera.