LANGKAT: Wanita ini sememangnya wajar digelar 'anak dari neraka'.
Tindakannya yang tergamak memukul ibunya sendiri hingga bajunya berlumuran darah turut menjadi tular di media sosial.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
Klip berdurasi 34 saat itu dikongsikan pemilik akaun Fery Kiting di Facebook dengan kapsyen, 'Ya Allah, tergamaknya wanita muda itu aniaya ibu kandungnya hingga berdarah-darah.'
Rakaman itu akhirnya sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, namun jurucakapnya, Dedi Mirza pada Jumaat mengesahkan kedua-dua pihak sudah berdamai.
"Punca dia sanggup mencederakan ibunya tidak diketahui," ujarnya.
Menerusi klip itu, wanita tersebut dilihat menyerang ibunya, namun jiran tetangga cuba menghalangnya daripada terus memukul mangsa.
Ibu wanita itu kemudiannya menjauhkan diri daripadanya dan meminta perkara itu dimaklumkan kepada keluarga di kampung.
Wanita itu dikatakan 'naik hantu' kerana terpaksa menanggung hidup ibunya.
"Saya sudah penat menjaganya," katanya di hadapan jiran tetangganya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 07 2024
Beberapa jiran tetangga cuba menghalang wanita itu daripada terus memukul ibunya. - Foto Sinar Harian/Agensi
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.