Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun X rasminya pada Jumaat, syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa langkah keselamatan baharu mengenai bank kuasa diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan penumpang berikutan insiden kebakaran semasa penerbangan syarikat penerbangan antarabangsa, yang disyaki berpunca daripada penggunaan bank kuasa.
"Berkuat kuasa mulai 15 Mac 2025, penggunaan bank kuasa akan dilarang di dalam pesawat kami. Langkah-langkah ini dilaksanakan untuk memastikan tahap keselamatan yang tertinggi bagi penumpang dan kru.
Kami memohon kerjasama anda untuk mematuhi peraturan ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," kata syarikat penerbangan itu.
Thai Airways dan perkongsiannya mempunyai rangkaian laluan yang meliputi 30 negara di seluruh dunia.
-- BERNAMA
