BANGKOK: Thailand menerima kedatangan 17.5 juta pelancong asing dan menjana pendapatan kira-kira 825.541 bilion baht (RM106.22 bilion) bagi separuh pertama tahun ini.
Statistik Kementerian Pelancongan dan Sukan menunjukkan, dari Januari hingga Jun tahun ini, pelancong China menduduki senarai teratas dengan 3.43 juta, diikuti Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh sama.
Menteri Pelancongan dan Sukan Sermsak Pongpanit berkata kelonggaran langkah perjalanan oleh kerajaan, seperti perjanjian pengecualian visa antara Thailand dan China, meningkatkan keyakinan perjalanan dan dasar bebas visa untuk pelancong dari India, Taiwan dan Kazakhstan, akan memudahkan perjalanan.
Sermsak berkata pengecualian kad TM6 bagi lintasan darat di lapan pusat pemeriksaan bagi pelancong Malaysia dan Laos, meningkatkan kedatangan pelancong.
"Jumlah pelawat yang masuk dijangka terus meningkat dalam minggu-minggu akan datang, didorong oleh faktor seperti trend pelancongan yang dipengaruhi selebriti, musim cuti musim panas yang berterusan di Eropah dan inisiatif kelonggaran perjalanan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Thailand telah menetapkan sasaran untuk menarik sekurang-kurangnya 40 juta pelawat asing tahun ini, sama seperti angka prapandemik yang direkodkan pada 2019.
Ia telah mengunjurkan pendapatan sebanyak tiga trilion baht daripada pelancong domestik dan asing menjelang akhir tahun ini.
Sementara itu, dilaporkan oleh media tempatan Thailand bahawa Kabinet pada Selasa mengesahkan semua kedai bebas cukai di kawasan ketibaan lapangan terbang Thailand akan ditutup, untuk meningkatkan perbelanjaan di kedai-kedai domestik, bertujuan untuk menjana sehingga 350 bilion baht setiap tahun.
Tiga pengendali bebas cukai menjana pendapatan 3.02 bilion baht tahun lepas di lapan lapangan terbang antarabangsa Thailand, menurut Pejabat Kastam.
Kedai bebas cukai yang akan ditutup melibatkan lapangan terbang di Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Phuket, Hat Yai, U-Tapao, Samui dan Krabi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Pelancong China menduduki senarai teratas yang mengunjungi Thailand, dengan 3.43 juta, diikuti Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh sama. - AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.

1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.

Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.