WASHINGTON: Coklat bar berjenama Toblerone yang dijual di lebih 100 buah negara dilaporkan tidak lagi boleh dipanggil coklat keluaran negara Switzerland.
Ini kerana pemilik jenama dari Amerika Syarikat itu sedang memindahkan proses pengeluaran produk berkenaan keluar dari Switzerland.
Memetik lapoiran BBC, coklat yang terkenal dengan bentuk segi tiga yang diperbuat menggunakan madu dan nougat badam itu tidak lagi menggunakan imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produknya.
Ia berikutan peraturan ketat negara Switzerland mengenai penggunaan simbol negara itu.
Jurucakap Mondelez, Aargauer Zeitung memaklumkan reka bentuk baharu pembungkusan itu akan menampilkan logo gunung yang diperkemaskan, sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga produk tersebut.
Sebelum ini, logo puncak gunung Matterhorn mula digunakan pada bungkusan coklat sejak tahun 1970 menggantikan imej beruang dan helang yang mewakili penghasilan coklat di Bern pada 1908.
Berdasarkan laporan The Guardian, pada 2017, Switzerland meluluskan peraturan yang melarang penggunaan simbol negara itu pada bungkusan produk makanan dan industri.
Di bawah peraturan tersebut, sekurang-kurangnya 80 peratus bahan mentah produk harus diperoleh dari negara itu sendiri dalam usaha memastikan barang yang dihasilkan boleh ditandakan sebagai pengeluaran negara Switzerland.
Agensi
Mon Mar 06 2023
![Tiada lagi imej puncak gunung Matterhorn pada coklat Toblerone Tiada lagi imej puncak gunung Matterhorn pada coklat Toblerone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482755057_toblerone.jpg)
Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu. -Gambar fail/Facebook Toblerone
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Tiada lagi imej puncak gunung Matterhorn pada coklat Toblerone Tiada lagi imej puncak gunung Matterhorn pada coklat Toblerone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482755057_toblerone.jpg)
Tiada lagi imej puncak gunung Matterhorn pada coklat Toblerone
Imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.
![NGO minta Jakim jelas status halal coklat Daim, Toblerone NGO minta Jakim jelas status halal coklat Daim, Toblerone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482757949_toblerone.jpg)
NGO minta Jakim jelas status halal coklat Daim, Toblerone
Gesaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).
![Coklat Daim dan Toblerone selamat dimakan orang Islam - Pengeluar Coklat Daim dan Toblerone selamat dimakan orang Islam - Pengeluar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41482755057_toblerone.jpg)
Coklat Daim dan Toblerone selamat dimakan orang Islam - Pengeluar
Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.
![Coklat Daim, Toblerone tidak peroleh sijil halal diiktiraf JAKIM Coklat Daim, Toblerone tidak peroleh sijil halal diiktiraf JAKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482490302_tidakhalal.jpg)
Coklat Daim, Toblerone tidak peroleh sijil halal diiktiraf JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.