WASHINGTON: Bandar Los Angeles, Chicago dan Philadelphia telah merekodkan kes pertama disyaki cacar monyet, dan semua sampel sudah dihantar ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk pengesahan, lapor Agensi Anadolu.
Kes di Los Angeles berpunca daripada seorang penduduk yang baru-baru ini mengembara dan mempunyai kontak rapat dengan satu kes, menurut jabatan kesihatan awam bandar itu.
Pesakit itu mengalami gejala dan kini dikuarantin.
Jabatan itu sedang menyiasat dan menjalankan pengesanan kontak rapat tetapi mengekalkan risiko penularan pada tahap "sangat rendah."
Sementara itu, Agensi kesihatan Chicago memaklumkan satu kes disyaki cacar monyet dikesan pada seorang individu yang baru pulang dari Eropah.
"Kes itu disifatkan terpencil dan tiada tanda-tanda risiko penyebaran virus secara meluas pada ketika ini, kerana cacar monyet tidak mudah merebak seperti virus COVID-19," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Philadelphia pula enggan mendedahkan maklumat mengenai pesakit "bagi melindungi privasi rakyatnya," tetapi berkata individu itu "sedang bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk mengenal pasti kontak rapat."
"Ancaman cacar monyet kepada rakyat Philadelphia adalah sangat rendah.
"Saya percaya bahawa penduduk dan pelancong harus rasa selamat untuk melakukan semua perkara menyeronokkan yang ditawarkan Philadelphia, dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya," kata pegawai Dana Perella.
CDC sebelum ini mengesahkan sebanyak 21 kes cacar monyet telah dikesan di 11 negeri, termasuk empat di California dan New York.
"Jumlah kes tertinggi" membabitkan golongan gay, dan biseksual.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

CDC sebelum ini mengesahkan sebanyak 21 kes cacar monyet telah dikesan di 11 negeri, termasuk empat di California dan New York.- REUTERS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.

Kes mpox meningkat di beberapa negara Afrika - WHO
Kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, terus meningkat di beberapa negara Afrika dan penyakit itu mula merebak ke kawasan baharu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Korban mpox di DR Congo lebih 610 orang
Kes yang disyaki dilaporkan di wilayah terjejas oleh konflik, yang menempatkan sebahagian besar daripada 7.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di negara itu.

Kerajaan telah aktifkan bilik gerakan mpox - Dzulkefly
Kerajaan telah mengaktifkan bilik gerakan khusus untuk wabak cacar monyet atau mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.

Mpox: Rujuk dahulu info rasmi KKM untuk sahkan berita tular - Fahmi
Orang ramai diminta merujuk kenyataan rasmi kementerian atau agensi berkaitan untuk mengesahkan sebarang berita tular, termasuk mengenai kes jangkitan cacar monyet atau mpox.