PHILADELPHIA: Sekurang-kurangnya tiga orang cedera ditembak sementara lima lagi ditahan dalam sebuah insiden tembakan secara rambang di sebuah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, di sini, pada Rabu, kata polis.
Insiden tembakan itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang di kawasan kejiranan Parkside dengan 1,000 tetamu dianggarkan menghadiri acara berkenaan.
Pesuruhjaya Polis, Kevin Bethel berkata, dalam kejadian itu dipercayai terdapat "golongan muda terlibat secara aktif dalam tembakan" pada sambutan meraikan kedatangan 1 Syawal itu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam insiden itu, tegas Bethel
Katanya, insiden tembakan berlaku antara "dua puak" menyebabkan seorang dewasa terkena tembakan, manakala seorang suspek iaitu remaja lelaki berusia 15 tahun ditembak di kaki dan bahu oleh polis.
Suspek yang bersenjata itu berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital, kata Bethel.
Beliau turut memaklumkan, terdapat seorang lagi mangsa muncul di hospital dengan kesan tembakan di tangan.
Namun begitu, polis masih belum mengesahkan sama ada mangsa itu turut terlibat dalam pertempuran senjata.
Pihak berkuasa telah menemui lima senjata yang disyaki terlibat dalam tembakan itu.
Seorang kanak-kanak pejalan kaki dilanggar oleh kenderaan polis ketika melarikan diri dari tempat kejadian sehingga menyebabkan kakinya patah, ujar Bethel.
"Siasatan mendapati 99 peratus daripada pengunjung acara berkenaan merupakan orang baik yang hanya ingin menikmati acara keraian tersebut.
“Namun begitu, terdapat beberapa anak muda yang terlibat dalam tembakan yang benar-benar merosakkan perjalanan acara itu," kata Bethel.
Rakaman helikopter dari taman reakreasi Clara Muhammad Square menunjukkan tempat kejadian berlaku di luar masjid.
Video itu menunjukkan trak makanan dan khemah yang dibawa masuk untuk sambutan itu.
Saksi menggambarkan suasana huru-hara semasa acara yang sepatutnya memperingati hari kebesaran umat Islam itu, dengan keluarga terpisah daripada orang tersayang ketika orang ramai melarikan diri dari tempat kejadian.
Abdallah Legh, seorang pekerja di Pasar Daging Girard berhampiran tempat kejadian, memberitahu, terdapat antara 20 hingga 30 kanak-kanak bergegas masuk ke kedainya mencari perlindungan sejurus selepas dia mendengar bunyi tembakan.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Negeri Pennsylvania sedang membantu polis Philadelphia melakukan siasatan.
Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro dalam hantaran di platform media sosial X berkata: "Sambutan Aidilfitri harus sentiasa menjadi hari kemenangan bagi bagi kejiranan Islam - saya berduka bagi setiap komuniti Islam Philadelphia yang acara mereka dihancurkan oleh keganasan senjata api." - Agensi
Agensi
Wed Apr 10 2024

Makanan dan barangan yang ditinggalkan berikutan insiden tembakan di majlis sambutan Aidilfitri, di Philadelphia pada Rabu. - Gambar AP

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.

Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.

Tiga cedera ditembak, lima ditahan dalam tragedi Aidilfitri di Philadelphia
Seorang suspek iaitu remaja lelaki bersenjata yang berusia 15 tahun ditembak di kaki dan bahu oleh polis.

Individu bersenjata serang sekolah menengah di Philadelphia, remaja maut, 3 cedera
Seorang remaja terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas lelaki bersenjata menyerang mereka di luar perkarangan sekolah di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat, petang Selasa.

Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di kepala, perut
Berdasarkan laporan awal, ketika kejadian, mangsa sedang membuka hadiah daripada majlis 'baby shower' untuk bayinya.

Bill Cosby bebas selepas mahkamah batal sabitan cabul
Cosby sebelum ini dipenjara 10 tahun atas kesalahan mencabul bekas pemain bola keranjang Andrea Constand.

AS Memilih: Dakwaan Trump berlaku penipuan di Philadelphia tidak berasas - Datuk Bandar
Beberapa pihak termasuk presiden terus buat dakwaan mengenai penipuan, tetapi pasukannya tidak kemukakan sebarang bukti, kata Kenney.

Tidak hirau COVID-19, penunjuk perasaan di AS lebih utamakan isu perkauman
Protes di beberapa bandar besar di AS bukan sahaja melanggar arahan perintah berkurung, malah bertentangan dengan langkah penjarakan sosial.

Budak 3 tahun parah ditetak ibu kandung
Kanak-kanak itu mengalami kecederaan teruk di kepala, bahu dan lutut susulan serangan kejam oleh ibunya.