NEW YORK: Tiga orang maut manakala seorang lagi dimasukkan ke hospital selepas insiden tembakan di sebuah rumah di kawasan luar bandar di Kaunti Caswell, North Carolina, pada Rabu pagi, menurut pihak berkuasa tempatan dan Biro Siasatan Negeri North Carolina, lapor Xinhua.
Polis menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum 8 pagi pada Rabu.
Anggota yang tiba di lokasi menemukan beberapa mangsa terkena tembakan, menurut biro berkenaan dalam satu kenyataan.
Seorang mangsa dibawa ke hospital akibat kecederaan tembakan, manakala beberapa lagi ditemukan maut di tempat kejadian.
Syerif Kaunti Caswell Tony Durden memberitahu media tempatan bahawa tiga mangsa yang maut ialah ahli keluarga, termasuk suspek penembak, manakala seorang lagi saudara mereka sedang menerima rawatan di hospital.
Three people killed in North Carolina shooting, official says.
Three people have been killed and at least one person was hospitalized in what was first described as a "mass shooting" in Prospect Hill, North Carolina.
The Caswell County Sheriff's Office told Fox News Digital… pic.twitter.com/7yF1tY2epZ— Major Anthony Jones (@majorbrainpain) August 6, 2026
Pegawai penguat kuasa undang-undang masih berada di lokasi bagi mengumpul bukti dan menjalankan temu bual.
Amerika Syarikat (AS) telah lama dibelenggu keganasan senjata api, dengan ratusan insiden tembakan rambang dilaporkan setiap tahun.
Update NORTH CAROLINA
MASSACRE
Three members of same family are shot dead and another rushed to hospital in North Carolina pic.twitter.com/J6Eql9bcaN— Simo Saadi (@Simo7809957085) August 5, 2026
-- BERNAMA-XINHUA