BANGKOK: Ibu kepada pelakon Thailand Nida "Tangmo" Patcharaveerapong pada Jumaat berkata dia memaafkan dua rakan lelaki yang ada bersama anak perempuannya di atas bot laju pada malam kejadian.
Ketika ditemu bual dalam satu program TV, Panida Siriyuthayothin berkata dia memaafkan pemilik bot laju Tanupat "Por" Lerttaweewit dan pemandu bot Phaiboon "Robert" Trikanjananun.
Dia bagaimanapun tidak memaafkan rakan Tangmo yang lain, lapor Bangkok Post.
Tangmo ditemukan mati lemas pada Sabtu, namun pelbagai persoalan timbul berhubung kematiannya termasuk kemungkinan ia disengajakan.
Panida berkata Por menelefonnya keesokan hari dan meminta maaf selain mahu bertemunya secara peribadi.
"Dia berjanji untuk menjaga saya seperti yang dilakukan (Tang)Mo.
"Saya memaafkannya kerana dia berterusan cuba menghubungi saya dan dia tahu saya sedang marah," kata Panida.
Dia dalam pada itu berkata akan menerima pampasan daripada Por yang berjanji memberikannya sejumlah besar wang.
"Andai kata Mo memperoleh 1 juta baht daripada siri TV. Jika dia hidup selama 30 tahun lagi, saya boleh darabkan jumlah itu dengan 30.
"Ini masih tidak termasuk kehilangan pendapatan daripada sesi bergambar sebagai model," kata Panida.
Difahamkan Panida ditawarkan sejumlah 30 juta baht (sekitar RM3.8 juta) sebagai pampasan.
Panida bagaimanapun menafikan tindakan memaafkan dua rakan yang juga suspek kes kematian anaknya itu disebabkan wang pampasan yang bakal diterimanya.
Tindakan ibu Tangmo itu nyata mengejutkan ramai pihak. Ada yang berpandangan Panida tersepit dengan masalah kewangan yang menyebabkan dia menerima dorongan itu.
Malah tidak kurang juga yang membuat spekulasi kemungkinan Panida turut terbabit dalam nahas melibatkan anak perempuannya itu.
Panida berkata dia tidak memaafkan pengurus Tangmo, Idsarin "Gatick" Juthasuksawat kerana Gatick hanya menghubunginya selepas tiga hari kematian anaknya.
Dia turut menuduh Gatick menyebabkan kematian anak perempuannya itu.
Tangmo, 37, terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang, Nonthaburi sekitar jam 10.40 malam pada 24 Feb.
Mayatnya ditemui kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu.
BACA: Mayat pelakon Thailand Tangmo Nida yang terjatuh dalam sungai ditemui selepas 38 jam
Astro Awani
Sat Mar 05 2022

Tangmo ditemukan mati lemas pada Sabtu, namun pelbagai persoalan timbul berhubung kematiannya termasuk kemungkinan ia disengajakan. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilik, pemandu bot dijatuhi hukuman penjara sebabkan kematian 'Tangmo'
Mahkamah Wilayah Nonthaburi walau bagaimanapun menggantung hukuman penjara tersebut dan memerintahkan mereka menjalani khidmat komuniti.

Tindakan ibu Tangmo maafkan suspek, terima pampasan diragui
Panida Siriyuthayothin berkata dia memaafkan pemilik bot laju Tanupat "Por" Lerttaweewit dan pemandu bot Phaiboon "Robert" Trikanjananun.