DUNIA baru-baru ini dikejutkan dengan berita kehilangan kapal selam pelancong Titan milik OceanGate yang digunakan untuk melihat bangkai kapal Titanic yang karam pada 1912.
Selepas lima hari pencarian, Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kapal selam yang membawa lima penumpang itu meletup selepas serpihan kapal selam itu ditemukan.
Semua lima mangsa yang berada di dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.
Tragedi itu menarik perhatian dunia dan mendapat liputan meluas media antarabangsa.
Astro AWANI rangkumkan beberapa maklumat penting sepanjang operasi pencarian kapal selam itu yang akhirnya mengorbankan kesemua penumpangnya.
20 Jun 2023
Menurut Pengawal Pantai AS, kapal selam Titan itu mula menyelam pada jam 8 pagi pada Ahad dan sepatutnya muncul semula ke permukaan tujuh jam kemudian.
Kapal pelancong sepanjang 21 kaki (6.5 meter) itu terputus komunikasi dengan kapal induknya kurang dua jam dalam perjalanannya untuk melihat bangkai kapal Titanic, yang terletak lebih 2 batu (hampir 4 kilometer) di bawah permukaan lautan Atlantik Utara.
Titan yang seberat 10,432 kilogram itu boleh mencapai kedalaman sehingga 4,000 meter dan mempunyai 96 jam sokongan oksigen untuk lima anak kapalnya.
Tiketnya berharga AS$250,000 (RM1.168 juta) untuk selaman selama lapan hari di sekitar bangkai kapal Titanic.
Sebaik berita kehilangannya disahkan, pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) dan Kanada bertungkus lumus untuk mengesannya.
Maklumat yang mereka peroleh, kapal selam itu membawa lima orang termasuk seorang bilionair hilang semasa menuju ke bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara.
Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya melancarkan pencarian di kawasan yang terletak 1,450 kilometer ke timur Cape Cod, Massachusetts.
Pengawal Pantai Kanada pula telah mengerahkan pesawat dan sebuah kapal ke zon pencarian.
21 Jun 2023
Maklumat awal, penumpang dalam kapal selam hanya mempunyai 96 jam bekalan oksigen dan memasuki hari Rabu, mereka hanya mempunyai baki kira-kira 28 jam bekalan oksigen.
Sebuah pesawat Kanada mengesan 'bunyi di bawah permukaan air' di kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic, menurut pengawal pantai Amerika Syarikat.
22 Jun 2023
Jangkaan kapal selam Titan mempunyai kadar oksigen mencukupi sehingga jam 7.08 pagi atau 7.08 malam waktu Malaysia.
Identiti kelima-lima penumpang dalam kapal selam itu didedahkan. Mereka ialah:
1. Stockton Rush (Pengasas, CEO OceanGate Expeditions, mengemudi kapal selam itu)
2. Hamish Harding (Ahli perniagaan, penjelajah dan bilionair Britain)
3. Paul-Henri Nargeolet (Pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman ke lokasi Titanic)
4. Shahzada Dawood (Ahli perniagaan berketurunan Britain-Pakistan)
5. Suleman (Anak kepada Shahzada)
23 Jun 2023
Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengumumkan semua lima individu dalam kapal selam itu terbunuh.
Pihak berkuasa melabelkan kejadian itu sebagai "letupan bencana" laut dalam.
Pengumuman itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) multinasional sejak kapal pelancong kecil itu hilang di Atlantik Utara pada 20 Jun lepas.
Analisis menunjukkan serpihan yang ditemukan di dasar laut 500 meter dari bangkai Titanic adalah konsisten dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu.
Agensi
Fri Jun 23 2023

Misi pencarian kapal selam Titan bersama lima individu di dalamnya berakhir apabila serpihan kapal ditemukan di dasar laut 500 meter dari bangkai Titanic konsisten dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu. -Reuters

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.

Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC
Pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.

Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.

Dua MPA kesan kapal selam di Laut China Selatan dalam proses perolehan - Mohamad
Kementerian Pertahanan kini dalam proses perolehan dua pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) dari Itali.

Korea Utara lancar 'kapal selam serangan nuklear taktikal' baharu
Korea Utara melancarkan "kapal selam serangan nuklear taktikal" yang mampu melakukan serangan dalam air.

Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible
Tentera Laut Singapura pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable di Pangkalan Tentera Laut Changi.

Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam
Pakar penyelidikan laut dalam pernah berbincang mengenai keupayaan Titan menyertai ekspedisi laut dalam dengan CEO OceanGate yang juga mangsa tragedi itu.

Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu
Semua lima mangsa yang berada dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.

Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia
Serpihan kapal selam itu yang ditemui berhampiran Titanic menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.

Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya.