IGHRANE: JENAZAH kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam perigi, Rayan Oram, 5, akan dikebumikan hari ini.
Memetik laporan media antarabangsa, pengebumian kanak-kanak itu akan diadakan di kampung asalnya di Ighrane, pergunungan Rif di utara Maghribi, lokasi di mana tragedi itu berlaku.
Nasib kanak-kanak malang itu menarik perhatian global selepas dia terjatuh ke dalam perigi sempit sedalam 32 meter Selasa lalu dan mencetuskan rasa simpati di media sosial.
Pada malam Sabtu lalu, orang ramai bersorak kegembiraan apabila pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan Rayan dari perigi berkenaan selepas usaha keras dijalankan bagi menggeluarkannya.
BACA: Ini fakta anda perlu tahu tentang tragedi yang menimpa Rayan
BACA: Maghribi berduka pemergian Rayan
BACA: Terperangkap dalam perigi: Rayan meninggal dunia selepas diselamatkan
Namun, harapan berubah menjadi kesedihan apabila berita mula tersebar bahawa usaha menyelamat itu terlewat dan Rayan disahkan meninggal dunia.
Berita pemergian Rayan diumumkan kabinet Diraja negara itu, selepas Raja Mohammed VI menghubungi ibu bapanya dan menzahirkan ucapan takziah.
Operasi menyelamat Rayan turut diikuti secara langsung di seluruh dunia, dan sebaik sahaja pengakhiran tragis itu diumumkan, bertalu-talu ucapan takziah dizahirkan kepadanya.
Astro Awani
Mon Feb 07 2022

Jenazah kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam perigi, Rayan Oram, 5, bakal dikebumikan hari ini. - Foto media sosial

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tragedi perigi: Maghribi semadikan Rayan
Nasib kanak-kanak malang itu menarik perhatian global selepas dia terjatuh ke dalam perigi sempit sedalam 32 meter Selasa lalu dan mencetuskan rasa simpati di media sosial.

Ini fakta anda perlu tahu tentang tragedi yang menimpa Rayan
Berita kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Oram pada Ahad bukan sahaja diratapi rakyat negara itu, malah masyarakat seluruh dunia.