Skip to main content

Dunia

Trump, Abe bincang isu peluru berpandu Korea Utara

81488849350_ShinzoAbe.jpg
81488849350_ShinzoAbe.jpg
Advertisement
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berikrar akan terus meningkatkan lagi keupayaan untuk mempertahankan negara dan sekutunya, kata Rumah Putih lapor agensi berita China Xinhua.

Rumah Putih dalam kenyataan berkata, menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Trump berbincang berkaitan kebimbangan serantau ekoran tindakan terkini Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik.

"Presiden menegaskan AS teguh berdiri bersama sekutunya Jepun dan Korea Selatan dalam menghadapi ancaman serius yang cuba ditimbulkan Korea Utara," jelas kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju kekal berhubung rapat bagi meningkatkan kerjasama berkaitan isu Korea Utara dan isu serantau lain yang mempunyai kepentingan bersama. -- BERNAMA


Must Watch Video

Advertisement