WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad menyeru rakyat Amerika Syarikat untuk "bersatu padu" selepas terselamat daripada cubaan bunuh semasa perhimpunan kempen di Pennsylvania, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Trump, 78, yang bertanding untuk menyingkirkan penggantinya Presiden Joe Biden dalam pilihan raya November, ditembak di telinga semasa insiden di Butler, utara Pittsburgh, pada Sabtu.
Seorang penonton terbunuh dan dua lagi cedera parah, manakala penembak - yang dinamakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai Thomas Matthew Crooks, 20 - dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS.
Dalam catatan di platform media sosialnya, Truth Social pada Ahad, Trump berkata "hanya Tuhan sahaja yang menghalang perkara yang tidak diingini daripada berlaku".
Trump memberikan penghormatan kepada mangsa tembakan itu. "Kasih sayang kami kepada mangsa dan keluarga mereka. Kami berdoa untuk pemulihan mereka yang cedera dan ingatan kami kepada warga yang dibunuh dengan begitu dahsyat," catatnya.
Beliau menyambung: "Adalah lebih penting daripada sebelumnya, kita bersatu dan menunjukkan perwatakan sejati kita sebagai rakyat Amerika, tetap kuat dan bertekad, dan tidak membenarkan kejahatan menang."
Dengan Konvensyen Nasional Republikan yang dijadual bermula di Milwaukee, Wisconsin, pada Isnin, Trump berkata beliau teruja untuk berucap semasa menerima pencalonan rasmi parti itu untuk pilihan raya presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024

Trump ditembak di telinga semasa insiden di Butler, utara Pittsburgh, pada Sabtu. (Foto AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.

Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.

Dua kereta rempuh orang ramai, empat ditahan bantu siasatan cubaan bunuh
Polis membuka siasatan cubaan membunuh berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cubaan bunuh: Trump ucap terima kasih kepada perkhidmatan rahsia pastikannya "selamat"
Trump mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap cubaan bunuh yang menimpanya pada Ahad di Florida.

FBI siasat "cubaan bunuh" selepas insiden tembakan berhampiran Trump
Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad disiasat sebagai "yang kelihatan seperti cubaan bunuh".

Biden lega Trump tidak cedera selepas cubaan bunuh
Presiden Amerika Joe Biden lahirkan rasa lega kerana bekas presiden Donald Trump tidak cedera berikutan cubaan membunuh.

Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.

Lelaki tolak isteri dalam gaung direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan selepas disyaki memukul, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada 27 Julai lalu direman tujuh hari.