ANKARA: Negara Barat perlu menghentikan penghinaan terhadap kitab suci, kata Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop susulan kejadian membakar al-Quran di Sweden, Denmark dan Belanda minggu lepas.
"Negara Barat harus segera menamatkan permainan berbahaya ini," kata Sentop pada sesi ke-17 Kesatuan Parlimen Pertubuhan Negara Anggota Kerjasama Islam (PUIC) di Algeria, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata demikian selepas ahli politik Denmark-Sweden Rasmus Paludan pada Jumaat lalu (27 Januari) membakar senaskhah al-Quran di hadapan sebuah masjid di Denmark.
Tindakan Islamofobia itu berlaku beberapa hari selepas Paludan membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Sweden semasa protes yang mendapat kebenaran polis.
Paludan berkata, beliau akan membakar kitab suci umat Islam setiap hari Jumaat sehingga Sweden dimasukkan ke dalam pakatan NATO.
Ketua kumpulan Islamofobia Pegida Edwin Wagensveld turut membakar al-Quran di The Hague pada 22 Januari yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Insiden berkenaan terus mendapat kecaman global dengan Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson menyifatkan tindakan Paludan sebagai "kurang ajar".
Penghinaan terhadap al-Quran mencetuskan bantahan dalam kalangan negara-negara Islam. Turkiye mengutuk sekeras-kerasnya kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk tindakan provokasi itu yang jelas menunjukkan ia satu jenayah kebencian.
"Tindakan provokatif terhadap Islam yang menghina nilai-nilai suci kita telah dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden hanya atas nama kebebasan bersuara, Belanda pula membiarkan perkara itu dan Denmark mengikut jejak langkah yang sama... apa yang berlaku ini perlu pertimbangan yang sangat teliti," kata Sentop.
Beliau berkata perbuatan itu menunjukkan "mentaliti kebencian" Barat yang tidak menghormati kepercayaan dan idea.
"Di sebalik semua itu, kita umat Islam wajib mengamalkan sikap berwaspada, bersederhana, rasional dan bermaruah. Kita tidak boleh meninggalkan prinsip menghormati perbezaan yang telah diajar oleh agama dan tamadun kita yang menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran," kata Sentop.
Dalam menghadapi penghinaan seperti itu, suara dari negara dan pertubuhan Islam kelihatan sangat lemah, kata Speaker Parlimen itu.
"Bagaimanapun, tindak balas kolektif dan kuat kita sudah tentu akan memadamkan rasa tidak hormat Sweden, Denmark, Belanda atau negara lain dan akan memaksa mereka untuk mengelakkan kejadian sama daripada berlaku lagi," katanya.
Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji Paludan dan Wagensveld.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai menjawab "kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu".
"Saya setuju supaya cara paling berfaedah menjawab semua kerja-kerja gila dan biadab (membakar al-Quran) ini ialah untuk teruskan usaha yang telah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat untuk cetak dan edar satu juta al-Quran ke seluruh dunia.
"(Ia akan) disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman al-Quran dengan mesej dengan risalah jelas," kata Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023
Paludan berkata, beliau akan membakar kitab suci umat Islam setiap hari Jumaat sehingga Sweden dimasukkan ke dalam pakatan NATO. - Reuters
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.
Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.
Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.
Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.
Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.
Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.
PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.