AMSTERDAM: Denmark dan Belanda, kedua-duanya telah memutuskan untuk membekalkan Ukraine dengan jet tempur F-16, kata Kementerian Pertahanan Denmark pada Ahad.
Pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, beliau mencapai persetujuan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte untuk Ukraine menerima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
"42 jet. Dan ini baru permulaan," tulis pemimpin Ukraine di platform X, dikenali Twitter sebelum ini, semasa lawatannya ke Belanda.
Beliau berkata jet itu akan diserahkan "sebaik juruterbang dan jurutera (Ukraine) telah menamatkan latihan mereka," tanpa memberikan jangka masa tetap.
"Jet-jet ini akan digunakan untuk menghalau Rusia dari pekan dan bandar Ukraine," tambahnya sambil berterima kasih kepada rakan sejawatnya dari Belanda.
Denmark juga telah menawarkan untuk membekalkan Ukraine dengan jet tempur.
Kedua-dua negara itu juga membentuk gabungan NATO untuk melatih juruterbang Ukraine mengendalikan jet buatan Amerika Syarikat. Belgium dan Norway juga dianggap sebagai pembekal yang mungkin.
- BERNAMA-dpa
Bernama
Sun Aug 20 2023

Volodymyr Zelensky (dua dari kanan) dan Mark Rutte (tengah) meninjau pesawat jet tempur F-12 di Eindhoven, Belanda pada Ahad. - Foto AP
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Olimpik Paris 2024: Emas perseorangan lelaki milik Axelsen
Pemain Denmark, Viktor Axelsen merangkul pingat emas Olimpik Paris 2024 selepas mengalahkan pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn dengan 21-11, 21-11 dalam tempoh 52 minit.

Badminton Olimpik Paris: Mathias Christiansen pilih tarik diri
Mathias Christiansen menarik diri daripada Olimpik Paris kerana melakukan kesilapan tiga kali dengan tidak melaporkan diri dalam tempoh 12 bulan.

EURO 2024: Denmark pastikan peluang ke pusingan kalah mati terus terbuka
Harry Kane membuka akaun jaringan selepas menolak masuk bola ke dalam gawang untuk memberikan England kelebihan 1-0 di awal permainan.

Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.

Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.

Arif-Roy King teruskan aksi cemerlang pada Masters Malaysia
Beregu ranking ke-47 dunia itu berjaya menundukkan pasangan ke-18 dunia dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-18, 14-21, 21-18.

Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.

Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.