DI Aceh, Indonesia, golongan yang aktif dengan permainan dalam talian Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) dianggap telah melanggar syariat Islam.
Tegas Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian, setiap pemain PUBG, serta yang berkaitan, mengandungi unsur-unsur kekerasan atau peperangan dan harus dihukum sebat di hadapan khalayak.
“Jadi sangat layak di Aceh sebagai negeri yang berpegang pada syariat, pelaku yang melakukan tindakan haram yang dilarang di dalam agama Islam, sangat layak diseret, dikenakan hukuman sebatan bersesuaian dengan aturan di Aceh,” kata Teungku Abdurrani Adian menurut laporan portal Kompas.
Pada Jun 2019, Majlis Ulama Aceh mengeluarkan fatwa bahawa permainan PUBG adalah haram.
Fatwa tersebut dikeluarkan kerana permainan yang ditawarkan dalam aplikasi PUBG itu didakwa banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat, khususnya generasi muda.
PUBG juga dikategori sebagai permainan yang sarat dengan unsur kekerasan dan peperangan sehingga dikhuatiri menjejaskan akhlak dan psikologi pemainnya.
Meskipun PUBG diharamkan dan belum ada sebarang pelaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat, namun Teungku Abdurrani menegaskan, pemerintah Aceh sebetulnya sudah boleh melaksanakan hukuman berkenaan.
“Sebagai seorang Muslim, apabila masih terus memainkan permainan tersebut, tentu mereka akan berdosa. Mereka juga akan bertanggungjawab terhadap dosa mereka di akhirat kelak,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Teungku Abdurrani berharap pemerintah Aceh segera merealisasikan fatwa tersebut agar pemain PUBG atau sejenisnya dikenakan hukuman sebat bersesuaian dengan Kanun (Perda) Nombor 6 Tahun 2014 tentang Hukum Jinayat.
Dalam masa sama, beliau juga meminta Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat agar turut mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Aceh berhubung pengharaman PUBG sebelum ini.
Ulama-ulama di Aceh juga berpendapat, permainan-permainan yang ditampilkan dalam video dalam talian itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan.
Bahan, permainan PUBG juga menyebabkan para pemain menjadi ketagihan selain menyebabkan mereka terpengaruh dengan tingkah laku kekerasan.
Agensi
Sun Oct 25 2020

Ulama-ulama di Aceh berpendapat, permainan video dalam talian itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan. - Gambar hiasan

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Kerajaan mahu pastikan ekosistem e-sukan lebih mampan dan inklusif - Reezal Merican
Industri e-sukan dilihat mampu menjana ekonomi, dan pada masa yang sama melahirkan bakat terkenal tempatan ke persada antarabangsa.

E-sukan bantu bentuk modal seimbang di kalangan pelajar - Muslimin Yahaya
Pertandingan e-sukan boleh memandu generasi muda bermain sukan itu secara positif tanpa mengabaikan pelajaran

Keganasan tidak ada kaitan dengan permainan PUBG - Syed Saddiq
Permainan dalam talian termasuk PlayerUnknown's Battleground (PUBG) tidak wajar dikaitkan dengan unsur keganasan seperti yang berlaku di Christchurch, New Zealand baru-baru ini, kata Menteri Belia dan

SKMM diminta main peranan kawal permainan video berunsurkan perang
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk memainkan peranan atas permainan video dalam talian berunsurkan peperangan.

Sukma 2018: E-sukan menembak, pertempuran perlu ditonjolkan
Ada dalam kalangan komuniti e-sukan mencadangkan supaya permainan seperti PUBG, CSGO dan Tekken ditonjolkan dalam acara 'Esports Experience' Sukma 2018.

Dah tua pun main 'game'?
Adakah usia memainkan peranan penting untuk menjadi atlet e-sukan?

PUBG: Harapan wakil negara mungkin musnah dek masalah visa
Haarapan atlet e-sukan John Choo untuk wakil negara sejak 17 tahun lalu mungkin tidak kesampaian apabila permohonan visanya ditolak baru-baru ini.

PUBG: Skuad duo Malaysia layak ke kejohanan dunia, rebut wang terkumpul RM1 juta
John Choo Teck Chuan dan Mun Yin Wai bakal ke Seattle, Amerika Syarikat untuk bersaing dengan 79 pasukan terbaik dunia, rebut hadiah wang terkumpul RM 1 juta.

Lepas main PUBG bersama baru tahu duduk sekampung!
Pasukan GANK.FTY bakal ke saringan peringkat Asia Tenggara di Thailand bagi merebut slot ke Kejohanan Dunia PUBG Global Invitational 2018 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.9 juta.

PUBG: 'The Face Gaming' sedia gegarkan Australia, rebut wang terkumpul RM448,000
Pasukan 'The Face Gaming' berharap dapat mengharumkan nama Malaysia dalam e-sukan PlayerUnknown's Battlegrounds.