JAKARTA: Barangkali, tidak pernah terlintas di fikiran sebahagian besar daripada kita bahawa kain kafan untuk membaluti jenazah juga mempunyai gred yang berbeza.
Sangkaan kita tentu sekali kain kafan bewarna putih yang harganya tidak pula semahal mana.
Namun, dalam dunia moden hari ini, kain kafan untuk jenazah sebetulnya sudah dijual pada harga yang sangat luar biasa.
Ditakrif sebagai kain kafan jenazah bangsawan, seorang peniaga di Indonesia mencuri tumpuan ramai berikutan hasil jualan itu difahamkan mendapat sambutan luar biasa khususnya daripada golongan Ahli Parlimen negara jiran itu.
Berdasarkan laporan portal berita Indonesia, Suara.com, wanita bernama Suryani itu menjual kain kafan mewah pada harga 750,000 rupiah (RM219) semester.
Katanya, di daerah Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan, kain kafan dipanggil sebagai tope.
Tope bukan sahaja digunakan untuk mengafankan jenazah, bahkan, material itu juga oleh menghasilkan pakaian seperti jubah, tudung, beg dan kipas.
“Harganya mencecah Rupiah 1.7 juta (RM498) apabila sudah menjadi baju. Ramai pembelinya adalah daripada anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” kata Suryani.
Suryani berkata, kain kafan itu diperbuat daripada kapas asli yang dipintal menjadi benang.
“Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk menjahit satu pakaian, maka, ia dijual mahal,” ujarnya.
Kata Suryani, kain kafan tersebut digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan, justeru menyebabkan, kebanyakan orang beralih kepada kain putih kerana perbezaan harga yang ketara.
Kain kafan atau tope dihasilkan di wilayah Kelara, Jeneponto oleh sekitar 50 wanita tempatan yang terlatih.
Usaha Suryani menjual tope adakah kerana ingin meneruskan kelansungan penggunaan kain kafan itu yang disifatkannya sebagai hampir ketinggalan zaman.
Agensi
Sun Mar 05 2023
Kain kafan tenun atau tope dari Jeneponto, Sulawesi Selatan. - Gambar media sosial
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Untuk golongan bangsawan, kain kafan RM219 semeter kini ada di pasaran
Jualan kain kafan bangsawan mendapat sambutan luar biasa khususnya daripada Ahli Parlimen Indonesia.
Kain kafan terjulur keluar akibat tanah runtuh
Benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.