BANGKOK: Permohonan menjadi warganegara Thailand kini lebih sukar dan mahal.
Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata, kabinet pada Selasa meluluskan peraturan baharu terhadap warga asing yang memohon kewarganegaraan, perlu lulus ujian bahasa Thai yang ditetapkan jawatankuasa kecil.
Pemohon perlu mengemukakan sijil yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan sebagai bukti mereka mendapat pendidikan sekurang-kurangnya di sekolah rendah di Thailand, katanya.
Di bawah peraturan sebelum ini, pemohon dikehendaki "mempunyai pengetahuan berbahasa Thai".
Sementara itu, beliau berkata, kabinet bersetuju menggandakan yuran permohonan bagi kategori dewasa daripada 5,000 baht kepada 10,000 baht.
"Yuran permohonan bagi kanak-kanak turut meningkat daripada 2,500 baht kepada 5,000 baht," katanya.
Antara kelebihan memiliki kewarganegaraan Thai termasuk memiliki harta, bekerja tanpa permit kerja dan visa serta memiliki saham dalam syarikat Thailand. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022

Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan peraturan baharu terhadap warga asing yang memohon kewarganegaraan ialah perlu lulus ujian bahasa Thai yang ditetapkan jawatankuasa kecil. - Gambar fail BERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Dua remaja lemas, seorang dikhuatiri hilang ketika mandi sungai
Dua remaja ditemukan lemas selepas mandi di sungai berhampiran Pengkalan Feri, Kampung Pasir Kelang.

Untuk mohon warganegara Thailand, warga asing perlu lulus ujian bahasa
Bukan mudah untuk menjadi warganegara Thailand ya...

Pemandu maut kontena rempuh pondok kawalan
Kenderaan berat yang dipandu mangsa gagal dikawal lalu merempuh sebuah pondok kawalan di sebuah gudang di Taman Perindustrian, Bukit Kayu Hitam.
Rakyat Thailand dipenjara tiga tahun, rakyat Malaysia minta dibicara
Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar memerintahkan Muhammad Romlee Arong, 40, dari Pattani menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac 2016.

Panama Papers: 21 nama rakyat Thailand tersenarai, 16 sudah disahkan
Walaupun belum menemui sebarang kesalahan undang-undang, pihak berkuasa Thailand akan meneruskan siasatan dalam perkara tersebut.