JAWA TENGAH: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol seorang bomoh yang kononnya menawarkan khidmat menggugurkan kandungan.
Pelajar sebuah sekolah menengah di Jawa Tengah yang hamil anak luar nikah lima bulan itu telah dirogol sebanyak tiga kali selepas dia dihantar oleh keluarganya atas alasan mahu menutup aib.
Polis Daerah Kebumen yang mengesahkan kejadian berkenaan serta memaklumkan, remaja itu dirogol dalam upacara 'pindah janin' pada 18 Mac lalu.
Malah, remaja itu diwajibkan untuk tinggal di rumah bomoh tersebut selama seminggu, sementara keluarganya diarah pulang ke Magelang.
"Mangsa dirogol sekurang-kurangnya tiga kali di bilik tidurnya, dengan alasan ia merupakan sebahagian ritual pemindahan janin," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kebumen, Komisioner Polis Arwansa seperti memetik laporan Kompas.
Bomoh yang merupakan tertuduh dalam kes itu mengaku merogol mangsa pada 20 Mac lalu.
Malah, bomoh tersebut turut membaca mantra sebagai helah memperdaya mangsa.
Pada 21 Mac, mangsa telah dirogol sebanyak dua kali hingga berasa trauma.
Kejadian itu disedari penduduk setempat setelah melihat mangsa duduk termenung dihadapan rumang suspek.
Astro Awani
Tue Mar 23 2021

Polis Daerah Kebumen yang mengesahkan kejadian berkenaan memaklumkan remaja itu dirogol dalam upacara 'pindah janin' pada 18 Mac lalu. - Foto Kompas
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

44 ditahan kes rogol remaja perempuan di selatan India
Mangsa yang berusia 18 tahun itu mendakwa kira-kira 60 lelaki telah melakukan penderaan seksual terhadapnya.

Pengawal keselamatan didakwa rogol remaja OKU
Mahkamah menetapkan 12 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Upacara 'pindah janin' jadi helah bomoh rogol remaja hamil
Pelajar sebuah sekolah menengah di Jawa Tengah yang hamil anak luar nikah lima bulan itu telah dirogol sebanyak tiga kali selepas dia dihantar oleh keluarganya atas alasan mahu menutup aib.