TASHKENT: Negara Asia Tengah Uzbekistan akan mengadakan referendum bersejarah mengenai draf undang-undang perlembagaan yang mencadangkan perubahan meluas kepada negara dan kehidupan rakyat, termasuk hak asasi manusia dan kebebasan, akses kepada Internet dan persekitaran pelaburan.
Jika diluluskan, pungutan suara pada 30 April akan membawa perubahan besar kepada kehidupan seharian setiap daripada kira-kira 35 juta orang penduduk negara itu.
Ini khasnya kerana draf perlembagaan itu menyentuh hampir kesemua aspek kehidupan rakyat, seperti politik, pembangunan ekonomi dan sosial, yang merupakan perubahan besar pernah berlaku dalam sejarah perlembagaan negara sejak kemerdekaannya pada 1991 berikutan pembubaran Kesatuan Soviet.
Lebih 200 pindaan dan penambahan kepada 64 Perkara perlembagaan negara dicadangkan. Perbincangan mengenai cadangan pindaan dijalankan di seluruh negara dengan lebih 220,000 cadangan diterima daripada rakyat.
Dalam penyediaan draf perlembagaan, pengalaman asing yang melibatkan perlembagaan 190 negara termasuk Malaysia diambil kira.
Referendum berjiwa rakyat itu juga mengambil kira aspirasi generasi muda memandangkan jumlah penduduk negara itu dijangka mencecah 50 juta menjelang 2040, dengan lebih separuh daripada mereka terdiri daripada golongan muda, sekali gus menyediakan persekitaran yang kondusif kepada mereka yang antara yang lain memerlukan jaminan ekonomi dan sosial yang stabil, seperti yang dinyatakan dalam draf perlembagaan.
Satu aspek utama draf perlembagaan yang menyentuh hak asasi manusia, menyatakan bahawa "memastikan hak asasi manusia dan sivil dan kebebasan adalah matlamat tertinggi negara".
Bagi membentuk parlimen yang kukuh dan padu, kuasa dewan parlimen dicadang disemak, antara lain bilangan senator dikurangkan daripada 100 orang kepada 65 orang dan kuasa dewan perundangan dan Dewan Negara diperluas.
Mengenai ekonomi, cadangan pindaan antara lain menyebut bahawa negeri akan menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang menggalakkan manakala persaingan tidak adil dan monopoli dalam aktiviti ekonomi tidak akan dibenarkan, dan bagi dasar asingnya Uzbekistan akan meneruskan dasar luar yang mesra dan aman dengan semua negara.Di bawah pindaan itu, hukuman mati dimansuhkan di Uzbekistan, penangkapan dan penahanan atau sekatan kebebasan lain hanya akan dibenarkan oleh mahkamah.
Selain itu, setiap orang mempunyai hak untuk mengakses dan menggunakan Internet secara percuma manakala satu lagi pindaan menyebut bahawa pelucutan perumahan untuk rakyat tidak dibenarkan tanpa keputusan mahkamah.
Untuk mengukuh lagi kuasa parlimen dan memastikan penyertaan aktif rakyat dalam proses perundangan, kuasa Parlimen untuk mempertimbang Laporan Tahunan Nasional Membanteras Rasuah termaktub di peringkat perlembagaan.
Satu lagi aspek yang menarik adalah hak untuk mengemukakan cadangan perundangan kepada Dewan Undangan Majlis Oliy (Parlimen) diberikan kepada sekurang-kurangnya 100,000 rakyat yang layak mengundi, Dewan Negara, Wakil Majlis Oliy Mengenai Hak Asasi Manusia (Ombudsman) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.
Warganegara juga mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan perubatan yang dijamin seperti ditetapkan oleh undang-undang, yang juga termasuk penjagaan perubatan kecemasan dan segera secara percuma.
Referendum mengenai pindaan perlembagaan adalah sebahagian daripada pelbagai pembaharuan luas yang dilaksanakan oleh Presiden Shavkat Mirziyoyev sejak menjadi Presiden sementara pada September 2006, dipilih dalam pilihan raya terbuka dengan majoriti besar dalam pilihan raya presiden 2016, berikutan kematian pemimpin lama Uzbekistan iaitu Ismail Karimov.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Jika diluluskan, pungutan suara pada 30 April akan membawa perubahan besar kepada kehidupan seharian setiap daripada kira-kira 35 juta orang penduduk negara itu. - Bernama

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Setiausaha Agung ASEAN seru pemain industri sokong inisiatif Grid Kuasa US$764 bilion
Setiausaha Agung ASEAN menyeru pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengilang optimis berhati-hati terhadap pertumbuhan 2025 sewaktu ketegangan geopolitik - FMM
Pengilang optimis berhati-hati berhubung pertumbuhan perolehan tahun ini dengan 56 peratus responden dalam tinjauan separuh tahunan FMM menjangkakan pertumbuhan.