Skip to main content

Dunia

Vaksin COVID-19: 6.65 bilion jumlah dos didaftarkan seluruh dunia

71632464525_VACCINE.jpg
71632464525_VACCINE.jpg
Advertisement
LEBIH 6.65 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.23 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 986 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 407 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 257 juta dos sementara Jepun melebihi 180 juta.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 171 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 65 juta manakala Filipina 52 juta dan Malaysia melebihi 48 juta.

Singapura pula dengan lebih 9 juta dos vaksin.




Must Watch Video

Advertisement