AMERIKA SYARIKAT memutuskan untuk segera meneruskan penggunaan vaksin Johnson & Johnson dengan segera, kata penguasa kesihatan negara itu pada Jumaat.
Ia sekali gus mengakhiri tempoh 10 hari isu kaitan vaksin dengan kes pembekuan darah yang sangat jarang tetapi berpotensi menyebabkanb kematian.
Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) Rochelle Walensky berkata, sistem kesihatan dan penerima vaksin akan diberi maklumat lengkap mengenai risiko yang berpotensi membawa maut dan melibatkan pembekuan darah yang teruk serta platlet rendah.
Agensi tersebut membuat keputusan itu setelah pertemuan dengan penasihat luar CDC yang mengesyorkan agar penggunaan vaksin disambung semula.
Keputusan itu susulan siasatan agensi berkenaan mengenai risiko vaksin.
"Kami tidak lagi mengesyorkan vaksin itu dihentikan," katanya dalam satu taklimat dan menambah vaksin itu dapat digunakan segera.
Pada Jumaat, undian 10-4 panel CDC memilih vaksin J&J COVID-19 disyorkan untuk digunakan pada orang yang berumur 18 tahun ke atas, yang merupakan parameter kebenaran FDAnya sekarang.
"Manfaatnya jelas melebihi risiko dari perspektif populasi dan individu," kata anggota panel penasihat dan profesor klinikal di University of Washington di Seattle, Dr. Beth Bell,
"Saranan Jawatankuasa ini adalah langkah penting untuk meneruskan vaksinasi yang sangat diperlukan dengan cara yang selamat untuk berjuta-juta orang di AS," kata Ketua Pegawai Ilmiah J&J, Paul Stoffels dalam satu kenyataan.
FDA akan mengemas kini kebenaran penggunaan kecemasan untuk vaksin dan memasukkan maklumat mengenai risiko serta cara mengenali dan merawat keadaan tersebut, kata eksekutif J&J kepada panel.
"Ini adalah risiko yang sangat jarang berlaku. Sejumlah vaksin mempunyai risiko yang sangat jarang berlaku,” kata Dr. Paul Offit dari University of Pennsylvania, anggota panel penasihat vaksin FDA.
Pengarah Eksekutif Pusat Akses Vaksin Antarabangsa di Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, Dr. William Moss berkata, vaksin harus digunakan dengan peringatan mengenai risiko kerana ia akan membantu memajukan usaha vaksinasi.
"Memberi orang pilihan untuk menerima vaksin satu dos akan membantu membuat lebih banyak orang diberi vaksin lebih cepat dan akan melindungi beberapa populasi dengan lebih baik, seperti mereka yang kehilangan tempat tinggal atau dipenjarakan," kata Moss melalui e-mel.
Persatuan Perubatan Amerika memuji keputusan itu, mengatakan data yang disajikan dalam pertemuan itu dengan jelas menunjukkan bahawa manfaat pendekatan ini melebihi risiko, yang termasuk dijangkiti dengan COVID-19 dan potensi penyakit atau kematian yang teruk.
Agensi Ubat-ubatan Eropah pada Selasa menyatakan, mengesyorkan amaran mengenai risiko pembekuan darah yang tidak biada berlaku dengan jumlah platlet darah rendah pada label produk vaksin.
Penguasa menjelaskan, jumlah kes pembekuan darah yang dihadapi selepas menerina vaksin J&J sebanyak 169 di Eropah adalah hampir sama dengan kes yang dilaporkan vasin AstraZeneca.
J&J telah menghadapi kemerosotan sejak darurat di AS pada bulan Februari. Ia termasuk meneliti kekurangan pengeluaran vaksin.
Pemeriksa FDA minggu ini memetik senarai panjang termasuk masalah kebersihan dan keselamatan yang serius di kilang BioSolutions Emergent yang membuat vaksin J&J.
Astro Awani
Sat Apr 24 2021
Walensky berkata, sistem kesihatan dan penerima vaksin akan diberi maklumat lengkap mengenai risiko yang berpotensi membawa maut dan melibatkan pembekuan darah yang teruk serta platlet rendah. - Foto REUTERS
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.