LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Ahad digesa segera menyumbang vaksin kepada negara-negara miskin atau berisiko menghadapi lambakan ketika petugas barisan hadapan terdedah kepada COVID-19, lapor Xinhua memetik akhbar Evening Standard.
Badan amal kesihatan dan pembangunan Britain mendesak perdana menteri untuk mengambil "tindakan segera" dan "menjelaskan" bagaimana dos akan diagihkan.
Rayuan itu terkandung dalam surat mereka termasuk Penasihat Sains Kerajaan Britain Jeremy Farrar dan Save the Children UK kepada perdana menteri.
Dengan lebih separuh orang dewasa di negara ini telah mendapat suntikan, mereka berkata Britain adalah "antara pembeli per kapita tertinggi di dunia" vaksin dan mempunyai lebih 100 juta lebihan dos.
"Oleh itu terdapat risiko tinggi UK akan menyimpan lebihan bekalan vaksin ketika pekerja kesihatan dan golongan paling mudah dijangkiti penyakit di negara berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak memiliki akses.
“UK akan menggunakan lebihan dos vaksin untuk memvaksinasi pekerja kesihatan barisan hadapan dunia dua kali ganda lebih banyak," menurut surat itu.
Britain juga didesak segera menyumbangkan dos melalui inisiatif COVAX, yang bertanggungjawab menyediakan vaksin untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurut kerajaan Britain negara ini akan berkongsi sebahagian besar lebihan dengan kumpulan COVAX apabila tersedia.
COVAX adalah inisiatif global yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memastikan akses global yang berkesan dan adil terhadap vaksin COVID-19.
Farrar berkata Britain masih mempunyai akses kontrak kepada sekurang-kurangnya 100 juta lebihan dos selepas seluruh penduduk divaksin.
"Sekarang adalah masa untuk berfikir di luar sempadan kita. Dunia tidak akan selamat apabila ada negara-negara lain yang masih memerangi virus itu," katanya
-- BERNAMA
TAG: Boris Johnson, vaksin, sumbang, negara miskin
Bernama
Mon Mar 29 2021

COVAX adalah inisiatif global yang disokong oleh WHO untuk memastikan akses global yang berkesan dan adil terhadap vaksin COVID-19. - Foto fail
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.