Skip to main content

Dunia

Varian baharu COVID-19 PJ.2.1 mungkin tunjuk gejala seperti selesema, influenza - WHO

WHO memaklumkan ujian mungkin diperlukan sekiranya pengesahan punca penyakit boleh mempengaruhi keputusan rawatan atau langkah kesihatan awam. - Gambar fail
WHO memaklumkan ujian mungkin diperlukan sekiranya pengesahan punca penyakit boleh mempengaruhi keputusan rawatan atau langkah kesihatan awam. - Gambar fail
Advertisement

MOSCOW: Gejala jangkitan bagi varian baharu COVID-19, PJ.2.1 mungkin menyerupai selesema biasa atau influenza, justeru ujian diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar jangkitan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Gejala COVID-19, influenza dan jangkitan pernafasan lain mungkin mempunyai persamaan. 

"Oleh itu, virus yang menyebabkan jangkitan tidak dapat dipastikan hanya berdasarkan gejala yang dialami,” menurut WHO.

Advertisement

Pertubuhan itu memaklumkan ujian mungkin diperlukan sekiranya pengesahan punca penyakit boleh mempengaruhi keputusan rawatan atau langkah kesihatan awam.

Pejabat WHO di Rusia sebelum ini memaklumkan bahawa risiko penularan varian baharu koronavirus PJ.2.1 di seluruh dunia semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau dengan teliti penularan varian baharu itu.

Advertisement

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit dan virologi, Dr Elena Malinnikova pada Sabtu berkata sakit tekak yang teruk serta keletihan berpanjangan selepas pulih daripada jangkitan mungkin menjadi antara gejala yang membezakan varian PJ.2.1 daripada varian lain.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement