PFIZER merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat meluluskan dos vaksin tambahan ketiga atau booster (penggalak) pada bulan hadapan.
Dalam kenyataannya, Pfizer menjelaskan ia adalah berdasarkan bukti terdapat risiko jangkitan semula yang lebih tinggi setelah enam bulan menerima suntikan.
Selain itu, faktor penyebaran varian Delta yang mudah menular juga menjadi penyebab perlu dos booster itu, kata Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten.
"Vaksin Pfizer sangat aktif terhadap varian Delta. Tetapi selepas enam bulan, ada kemungkinan wujud risiko jangkitan semula apabila antibodi, seperti diramalkan, semakin berkurang," katanya pada Khamis.
Menurutnya, penurunan keberkesanan vaksin itu di Israel baru-baru ini adalah berpunca daripada jangkitan pada individu yang telah menerima suntikan dos pada Januari dan Februari.
Kementerian Kesihatan negara itu menyatakan, keberkesanan vaksin dalam mencegah jangkitan dan simptom kronik menurun kepada 64 peratus pada Jun.
Walaupun tahap imuniti seseorang dilaporkan berkurang selepas enam bulan menerima suntikan vaksin, namun Dolsten menegaskan, ia tetap berada pada 95 peratus keberkesanan terhadap simptom kronik.
Vaksin yang dibangunkan bersama syarikat Jerman, BioNTech itu mendakwa, dos penggalak itu akan menghasilkan tahap antibodi lima hingga 10 kali ganda lebih tinggi daripada setelah penerimaan dos kedua.
Dos ketiga juga didakwa akan menawarkan perlindungan tambahan.
Beberapa negara di Eropah berhasrat untuk meluluskan penggunaan dos ini.
Suntikan penggalak ini didakwa sangat penting kepada golongan berusia dan warga emas.
Sekiranya diluluskan, permintaan terhadap vaksin pasti akan meningkat.
Justeru, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan produksi, kata Dolsten.
Pfizer mensasarkan untuk mengeluarkan 3 bilion dos tahun ini dan 4 bilion dos pada tahun hadapan.
Astro Awani
Fri Jul 09 2021
Beberapa negara di Eropah berhasrat meluluskan penggunaan dos ketiga yang didakwa sangat penting kepada golongan berusia dan warga emas. - Gambar hiasan
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Kempen MyPELINDUNG didik masyarakat terus perangi COVID-19
Meskipun Malaysia telah mencapai kemajuan ketara, namun virus COVID-19 tetap kekal sebagai satu kebimbangan kesihatan.
Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer
Syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount.
Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput
Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.
WEF2023: Pfizer umum penjualan tanpa untung kepada negara miskin
Ini termasuk ubat luar paten, menjadikan jumlah keseluruhan produk yang ditawarkan kepada lebih 500 jenis.
Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.
Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten
Moderna mendakwa, kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula.
COVID-19: Singapura beri suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun pada suku keempat
Kementerian Kesihatan sudah menerima cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V).