Skip to main content

Dunia

AS, Vietnam komited muktamadkan rundingan TPPA

71374798219_295x200.jpg
71374798219_295x200.jpg
Advertisement
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan rakan sejawatannya dari Vietnam Truong Tan San berikrar memuktamadkan rundingan berhubung Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik(TPPA) menjelang akhir tahun ini.

Komitmen itu dinyatakan dalam pertemuan kedua pemimpin di White House, sempena lawatan rasmi pemimpin tersebut ke negara itu.

Pertemuan kedua-dua pemimpin  berlangsung ketika rundingan TPPA memasuki pusingan ke 18 di Kota Kinabalu.

Selain Amerika dan Vietnam, TPPA  turut dirunding bersama sembilan negara lain termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak asasi manusia.

Kumpulan hak asasi dan kesatuan sekerja sebelum ini mendesak Obama menggantung rundingan dengan Vietnam.

Ia berdasarkan rekod layanan buruk Vietnam terhadap pekerja serta golongan mengkritik kerajaan.

Pertemuan di White House turut jadi medan perbincangan Obama dan Tan mengenai isu perang.

Antaranya, usaha Washington untuk mengesan tenteranya yang masih hilang, ketika perang Amerika-Vietnam yang tamat pada 1975.

Must Watch Video

Advertisement