SEBUAH mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Anjing yang dinamakan Nuggi ketika diselamatkan pada Oktober 2021 adalah seberat 53.7 kilogram (kg) selepas diberi makan lapan sehingga 10 ketul ayam sehari oleh bekas pemiliknya selain biskut harian haiwan itu.
Difahamkan anjing itu sangat obes sehingga pemeriksa tidak dapat mendengar degupan jantungnya dengan stetoskop kerana diselaputi lemak di seluruh badan.
Menurut kenyataan 24 Julai daripada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwa Diraja New Zealand ( SPCA), mahkamah daerah Manukau di Auckland Selatan menjatuhkan hukuman penjara dua bulan kepada bekas pemilik Nuggi dan memerintahkan dia membayar denda NZ$1,222.15 (RM3,387) dan dilarang memelihara anjing selama setahun.
Bagaimanapun, nama dan umur tertuduh tidak disebut dalam kenyataan itu.
“Nuggi diberi makan secara drastik iaitu pemiliknya terus memberinya makan secara berlebihan sehingga dia hampir tidak boleh berjalan. Ini tidak boleh diterima,” kata Ketua Eksekutif SPCA, Todd Westwood,
Tambahnya, semasa dibawa oleh pegawai SPCA ke kereta penyelamat, Nuggi terpaksa berhenti seketika tiga kali untuk menarik nafas walaupun hanya 10 meter dari tempat ia dikurung.
Kakinya kelihatan lemah kerana membawa berat badannya yang besar. Selain itu, ia mempunyai luka di perut dan siku selain menghidap konjunktivitis.
Semasa ditempatkan di pusat perlindungan haiwan SPCA, Nuggi menghabiskan masa kira-kira dua bulan di mana ia hilang berat sebanyak 8.9kg.
Bagaimanapun, ia didapati mati secara tiba-tiba disebabkan oleh pendarahan akut yang pecah dalam hatinya.
Hasil bedah siasat mendapati Nuggi mengalami komplikasi kesihatan lanjut, termasuk penyakit hati dan penyakit Cushing.
"Nuggi adalah salah satu haiwan paling gemuk yang pernah kami temui. Dia sangat besar sehingga dia sukar berjalan dan dia jelas menderita akibat berat badan terlampau besar,” kata Westwood.
"Malangnya, kita sering melihat haiwan setiap hari yang kurang berat badan, kelaparan atau kekurangan zat makanan.
"Namun kali ini, ia sungguh menyayat hati untuk melihat haiwan yang tidak berdaya yang diberi makan secara berlebihan." tambahnya. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Thu Jul 25 2024
Nuggi dipercayai mati akibat diberi makan berlebihan. - Gambar/ SCPA New Zealand
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara, anjing mati diberi makan berlebihan
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati.