SEORANG wartawan mati ditembak di Mexico pada Khamis, sekali gus menjadi pembunuhan kelima melibatkan pengamal media pada tahun ini.
Heber López, yang mengendalikan portal berita RCP Noticias di negeri selatan Oaxaca, ditembak ketika berada di pejabatnya.
Menurut pihak pendakwa negeri, dua suspek diberkas ketika cuba melarikan diri dari tempat kejadian dan senjata mereka turut ditemui.
Bagaimanapun, tidak diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhan itu dilakukan.
Saksi berkata, pada sekitar jam 6.30 petang, López yang berada di pejabatnya didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan berwarna putih.
Seorang daripadanya keluar kereta dan masuk ke pejabat, lantas menembak López.
Pengarah portal, Rodolfo Canseco Gutiérrez berkata, bidang tugas López ialah liputan berita berkaitan jenayah dan polis.
Sejak sekian lama, negara Mexico sinonim dikaitkan dengan lokasi bahaya untuk wartawan membuat liputan.
Tahun lalu, sekurang-kurangnya tujuh wartawan dibunuh, menurut organisasi advokasi kebebasan media Reporters Without Borders (RSF).
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ia berkaitan dengan tugas mereka atau sebaliknya.
Astro Awani
Sat Feb 12 2022

Pengamal media mengadakan protes di luar pejabat Peguam Negara menuntut keadilan ke atas pembunuhan wartawan Heber Lopez, di Salina Cruz, Oaxaca, Mexico, 11 Feb 2022. REUTERS

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.

Wartawan Palestin berusia 19 tahun dibunuh tentera Israel selepas terima ancaman
Hassan Hamad terbunuh dalam serangan ke atas rumahnya di kem Jabalia, menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh meningkat kepada 175 orang.

Tiga lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza
Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup suara rakyat Palestin, menyembunyikan fakta dan menghalang penyampaian maklumat.

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

Wartawan kelima dibunuh di Mexico tahun ini
Heber Lopez, yang mengendalikan portal berita RCP Noticias di negeri selatan Oaxaca, ditembak ketika berada di pejabatnya.

KLWBC 2020: Seputar isu pembunuhan wartawan
Memang benar kata Iwan Fals. Sesiapa saja boleh membunuh wartawan. Namun, itu tidak bererti kebenaran dihapuskan!

Pengusaha minyak sawit dipercayai dalang pembunuhan dua wartawan
Kumpulan aktivis pada Ahad mengutuk industri minyak sawit tempatan yang dikatakan terbina atas kesengsaraan penduduk.

Seorang lagi wartawan ditembak mati di negara paling bahaya untuk pengamal media
Kes pembunuhan di Mexico meningkat lebih daripada 25,000 pada tahun 2017, iaitu yang tertinggi sejak tahun 1997.