SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka.
Begitu juga dengan pengacara radio Zayan, Anas Tahir bersama isterinya yang masih menanti zuriat sudah 11 tahun.
Sentiasa berfikiran positif dan hadapi ujian tersebut dengan tenang, Anas memberitahu dia tidak terasa jika soalan tentang anak diajukan kepadanya malah hanya menjawab dengan berseloroh.
Bukan itu sahaja adik kepada penyanyi Faizal Tahir ini juga memberitahu kebiasaannya dia akan membalas pertanyaan itu dengan menceritakan kisah Nabi yang berkaitan.
Ikuti kisah Syawal Anas dan isteri tahun ini yang masih beraya berdua serta kenangan raya bersama Faizal Tahir.
1. Belum dikurniakan rezeki untuk beraya bersama cahaya mata. Apakah harapan Anas pada Raya kali ini?
Saya berharap dan terus berdoa agar Allah berikan dan tambahkan kebahagiaan kepada saya sekeluarga, terutamanya dalam rumah tangga saya. Terjalin hubungan yang baik bersama sesiapa pun yang bersahabat dengan saya dan ditingkatkan kefahaman dalam ilmu Dia. Bila semakin berumur ni, kita sepatutnya lebih faham apa erti kehidupan. InshaAllah, banyak perkara baik akan berlaku dalam kehidupan kita.
2. Bagaimana sambutan hari raya Anas setiap tahun? apakah rutin yang selalu dilakukan selepas berumah tangga?
Alhamdulillah, saya seorang yang simple. Sambutan hari raya pun lebih kepada membahagiakan isteri di pagi raya. Kalau diikutkan, rutin selepas 11 tahun berumah tangga ni, tiada yang berubah dan lebih kepada membantu isteri mengemas rumah dan menyediakan juadah hari raya seperti pasangan yang lain.
3. Bagaimana hendak mengelak atau berlapang dada dengan soalan orang terutama yang lebih tua apabila bertanya soal anak?
Baik, berkenaan soalan belum dikurniakan cahaya mata. Saya mewakili pasangan yang serupa dan berada dalam situasi yang sama. Bagi saya, Allah lebih mengetahui mengapa kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Mungkin secara luaran saya kelihatan bersedia untuk menerima amanah dari Allah, tapi saya selalu pujuk hati dan berkata, apa pun nikmat yang diberi Allah kepada saya pada ketika ini, dikira amanah buat saya.
Jika orang yang lebih dewasa bertanyakan soalan tentang anak, saya tidak mudah terasa dan mungkin disebabkan saya suka berseloroh dengan pertanyaan tersebut. Kebiasaanya saya akan membalas dengan cerita atau kisah para Nabi untuk dijadikan teladan bersama. Sebagai contoh, kisah Nabi Zakaria yang sudah berusia dan isterinya pula mandul, tetapi dengan kuasa Allah, mereka dikurniakan zuriat.
4. Anas akan beraya dengan Faizal Tahir tak tahun ni? boleh kongsikan apakah kenangan paling tak boleh lupa beraya bersama Faizal?
Kalau pada 1 Syawal, saya tak berapa pasti tapi InshaAllah kami akan beraya bersama cuma tidak tahu pada raya yang keberapa.
Kenangan paling tidak dapat dilupakan bersama Faisal boleh dikatakan selepas saya habis belajar di UK pada tahun 2009. Faisal menelefon saya untuk balik beraya bersama keluarga dan saya katakan tidak dapat balik atas sebab baru menerima tawaran kerja. Jika saya balik, di kira tidak akan kembali ke UK semula. Desakan Faisal membuatkan saya membuat persiapan kurang dari 2 minggu untuk meninggalkan UK secara baik.
Kisah bermula apabila saya pulang pada hari terakhir Ramadan dan tidak beritahu keluarga. Saya bersembunyi di rumah Faisal sehinggalah pada Hari Raya pertama, ketika keluarga ingin berangkat ke Penang dan saya dipertemukan bersama mak dan ayah di perhentian RnR. Faisal merancang untuk berhenti seketika bagi memeriksa keadaan enjin kereta dan pada masa itu, saya berlakon menjadi tukang enjin dan berpura-pura untuk membaiki. Setelah menoleh beberapa kali, barulah mak dan ayah perasan yang saya sudah di Malaysia dan dapat beraya bersama mereka.
Memang tak dapat bayangkan betapa gembiranya mak dan arwah ayah bila saya pulang untuk beraya dengan keluarga. Kenangan yang membahagiakan dan semoga kami dipertemukan di syurga yang abadi. -- Gempak
Gempak
Sat Apr 22 2023

Anas memberitahu dia tidak terasa jika soalan tentang anak diajukan kepadanya malah hanya menjawab dengan berseloroh. - Gempak
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

11 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, Anas Tahir balas soalan dengan kisah nabi
Adik kepada penyanyi Faizal Tahir iitu memberitahu kebiasaannya dia akan membalas pertanyaan tentang anak dengan menceritakan kisah Nabi yang berkaitan.

'Nak murah panggil saya, jangan panggil Faizal Tahir' - Anas Tahir kecewa sering dimalukan
Anas mengaku berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.

Mawi bersama Anas Tahir rakam lagu raya kisah puasa enam secara spontan
Anas memberitahu idea menghasilkan lagu berkenaan tercetus secara spontan ketika dia bersama Mawi berada di dalam konti stesen radio Zayan.

Tak mahu dibayangi Faizal Tahir, Anas sanggup mengaku anak tunggal
Penyampai radio Zayan, Anas Tahir akui tidak mahu dibayangi nama dan populariti abang kandungnya yang juga seorang penyanyi iaitu Faizal Tahir.