PENYANYI Indonesia, Marcell akui selama ini ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya sedangkan dia sudah memeluk Islam sejak 12 tahun yang lalu.
Menurut Marcell, 45, bukan kerana dia menyembunyikan perihal berkaitan kepercayaan agama atau spiritual itu sebaliknya dia akui bukan mudah buat dirinya berkongsi secara terbuka.
“Orang ucap tahniah saya masuk Islam ternyata ramai tak tahu saya dah peluk Islam sejak 2012. Puasa pertama saya juga pada tahun itu.
"Kerana sejak dahulu, pencapaian spiritual itu bukan sesuatu yang bukan saya boleh kongsi dengan kebanyakan orang.
"Apatah lagi, saya jenis orangnya banyak belajar latar agama dan kepercayaan. Saya memperlajari banyak kebaikan-kebaikan dari setiap kepercayaan.
"Jadi, untuk berkongsi perkara seperti ini tidak gampang (mudah). Tidak semua orang boleh terima," katanya kepada Astro Gempak.
Marcell atau nama lengkapnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan itu berkata demikian selepas sidang media konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur di ibu negara, semalam.
Pelantun lagu Jangan Pernah Berubah itu memberitahu Islam akhirnya membuka jalan dirinya bertemu ketenangan hidup.
"Kita harus buka membuka itu (tenang) untuk datang. Kalau kita sudah menutup diri dalam erti dengan kesombongan dan ketikdakikhlasan, ketenangan tidak akan datang.
"Percayalah. Jangan sampai kita anggap bahawa kedamaian jiwa, kebahagiaan bahkan kasih sayang sesuatu yang patut dikejar. Ia ada di mana-mana. Hanya tinggal kita buka 'jendela-jendelanya', ia akan datang dengan sendiri.
"Kalau jendala yang saya maksudkan itu dibuka, bermakna kita sudah ikhlas melepaskan. Kita perlu nikmati ibadah kita. Dalam solat, tahajud atau apapun atau puasa, nikmati momennya.
"Puasa itu tidak bermakna menahan lapar. Solat itu bukan hanya satu rutin yang dilakukan depan sejadah. Atau fikir surah al-Fatihah itu hanya sekadar surah pembuka al-Quran,"ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan Marcell yang juga suami kepada aktres dan model jelita, Rima Melati Adams pernah beberapa kali berpindah kepercayaan, khususnya agama.
Konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur anjuran The Jay Events & Media bakal berlangsung pada 9 Disember 2022 bertempat di Zepp KL.
Tiket harga bermula RM288 hingga RM7,888 kini mula terjual menerusi www.myticketasia.com. - Gempak
Gempak
Wed Oct 19 2022
Marcell ditemui selepas sidang media konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur di ibu negara, Selasa. - Gempak
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Hezbollah di Lubnan mengumumkan upacara pengebumian Hassan Nasrallah, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel. Ketegangan terus memuncak di selatan Lubnan.
Turki pertahan Palestin, temui pemimpin Hamas di Qatar
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, bertemu pemimpin Hamas di Qatar, membincangkan gencatan senjata dan sokongan kemanusiaan, serta menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
Once teruja kongsi pentas dengan Marcell, Bams Samson
Tiga nama besar itu akan beraksi dalam Konsert Trio Terhebat Vol. 1 pada Mei depan di Kuala Lumpur.
12 tahun mualaf, Marcell akhirnya temui ketenangan dalam Islam
Marcell akui selama ini ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya sedangkan dia sudah memeluk Islam sejak 12 tahun yang lalu.