KUALA LUMPUR: Rindukan aksi Sean Connery, Roger Moore, Pierce Brosnan atau Daniel Craig yang melakonkan watak ejen terkenal James Bond 007?
Kini pelanggan-pelanggan Astro boleh menikmati koleksi 25 filem ikonik James Bond secara berterusan di saluran 407 dan Astro On Demand (AOD) menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro GO mulai 15 Oktober sehingga 7 November
Astro dalam satu kenyataan berkata, persembahan watak legenda dan ikonik secara berterusan itu, adalah bersempena tayangan pawagam filem terbaharu James Bond 007, ‘No Time To Die’.
“Pelanggan Movies Pack akan dapat menikmati lebih banyak hiburan kegemaran mereka dengan 25 filem aksi menarik yang menampilkan ejen ikonik M16 Britain, James Bond, dari filem ‘Dr. No’, lakonan Sean Connery hinggakan ‘Spectre’, lakonan Daniel Craig di Saluran 407 dan On Demand.
“Peminat juga boleh berhibur dengan tayangan perdana filem-filem 007 mengikut kronologi, setiap hari pada 9 malam, menampilkan filem pertama di tahun 1963 hinggakan filem terkini pada tahun 2015,” kata Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Antara filem ikonik yang bakal dipersembahkan ialah Dr No, From Russia With Love dan Goldfinger; oleh Sean Connery; On Her Majesty’s Service oleh George Lazenby; serta Live and Let Die dan The Spy Who Loved Me oleh Roger Moore.
Tidak ketinggalan filem License to Kill dan The Living Daylights oleh Timothy Dalton; GoldenEye, Tomorrow Never Dies, dan Die Another Day oleh Pierce Brosnan; serta Casino Royale, Skyfall dan Spectre oleh Daniel Craig.
“Sebagai tambahan, peminat boleh menyaksikan dokumentari ‘Everything or Nothing: The Untold Story of 007’, yang berfokus kepada tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama – penerbit, Albert R. Broccoli dan Harry Saltzman, serta pengarang buku, Ian Fleming.
“Dokumentari ini memberi pandangan yang menghiburkan dan nostalgia kepada para peminat tentang naratif penceritaan yang mendebarkan dan berinspirasi di sebalik koleksi filem-filem ini yang merupakan koleksi filem paling lama diterbitkan sepanjang sejarah pawagam,” menurut kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Pengarah Kandungan, Astro, Agnes Rozario berkata, pelanggan-pelanggan stesen televisyen satelit pertama negara itu berhak mendapat pilihan hiburan yang terbaik.
“Sempena ulang tahun ke-25 Astro, kami berbesar hati bekerjasama dengan MGM untuk membawa pelanggan Movies Pack kami dengan hiburan yang pelbagai, dan tiada yang lebih baik daripada filem-filem aksi pengintipan James Bond yang mengujakan buat peminat merentasi zaman,” katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari content.astro.com.my.
Firdaus Azil
Wed Oct 13 2021

Kini pelanggan Astro boleh menikmati koleksi 25 filem ikonik James Bond secara berterusan, menerusi saluran sementara 007, di Saluran 407, Astro GO dan On Demand dari 15 Oktober hingga 7 November 2021. - Sumber foto Astro

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.