RUMAH tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, ketika ditemui media berharap segala proses prosiding pelantikan hakam dipermudahkan.
“Alhamdulillah tenang sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan seperti apa yang kami sudah bincangkan.
“Lebih tenang dan apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang,” katanya yang turut mengiyakan dirinya nekad.
Sementara itu, Nor Saidah berkata, keputusan hari ini bergantung kepada Datuk Red.
“Sepatutnya hari ini untuk lantikan hakam masing-masing tapi Adira ada buat perbincangan dengan pihak Datuk Red, perbincangan akan dibentangkan di hadapan hakim dan kita tengok apa pendirian Datuk Red nanti,” katanya.
Datuk Seri Adnan Abu, 46, atau Datuk Red yang diwakili oleh peguam syarie, Muhammad Akmal Azman pula tiba lima minit kemudian.
Bagaimanapun, Datuk Red enggan memberikan sebarang ulasan dan terus melangkah masuk ke dalam mahkamah.
Pada 5 Mac lalu, Adira dan Datuk Red hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.
Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil JKP manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.
Semalam, Adnan mahukan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan Adira yang juga isteri keduanya menarik balik permohonan cerai mereka.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.
Sebelum itu, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Perkahwinan Adnan dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima anak.
Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua anak dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan. - Gempak
Gempak
Wed Apr 24 2024
![Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713924305_TBadirajpg.jpg)
Adira tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat untuk lafaz perceraian oleh suaminya, Datuk Red, hari ini.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
![Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713924305_TBadirajpg.jpg)
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
![Adira fail cerai, suami bantah permohonan Adira fail cerai, suami bantah permohonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570611176_Adiraberanak.jpg)
Adira fail cerai, suami bantah permohonan
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada Rabu
![Adira selamat lahir cahaya mata ketiga Adira selamat lahir cahaya mata ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565309491_Adiraberanak.jpg)
Adira selamat lahir cahaya mata ketiga
Bayi ketiga pasangan itu lahir pada 1.20 petang, Khamis dengan berat 3.35 kilogram.
![Tajuk lagu 'Sembunyi': 'Tak ada kena mengena dengan kisah hidup'- Adira Tajuk lagu 'Sembunyi': 'Tak ada kena mengena dengan kisah hidup'- Adira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521619203_adira-sembunyi.jpg)
Tajuk lagu 'Sembunyi': 'Tak ada kena mengena dengan kisah hidup'- Adira
Penyanyi Adira menjelaskan single barunya, berjudul Sembunyi tidak ada kena mengena dengan kisah hidupnya.
![AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505073604_12afmegastar.jpg)
AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.
![Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/0/adira putus tunang.jpg)
Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira
Penyanyi Adira meminta supaya tidak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun.