SANTA FE: Pelakon Hollywood Alec Baldwin dilaporkan tidak mengetahui bahawa pistol yang meragut nyawa kru penggambaran pada Khamis diisi peluru hidup.
Sebaliknya beliau diberitahu oleh pembantu pengarah bahawa pistol 'prop' yang sepatutnya berisi peluru kapur itu adalah selamat untuk digunakan, lapor New York Post.
Waran yang dikeluarkan pada Jumaat mendedahkan bahawa atas keyakinan itu, dia terus menarik picu dan melepaskan tembakan yang sebaliknya membunuh kru sinematografi dan mencederakan pengarah filem.
Difahamkan pembantu pengarah itu juga tidak mengetahui bahawa senjata api itu berisi peluru hidup ketika dia memberikannya kepada pelakon itu di lokasi penggambaran filem koboi "Rust" di New Mexico pada Khamis.
Waran itu dikeluarkan supaya penyiasat boleh mendokumentasikan lokasi kejadian di ladang Santa Fe di mana kejadian berlaku.
Menurut waran itu, penguat kuasa telah merampas senjata api tersebut serta peralatan lain yang digunakan kru semasa penggambaran.
Kostum yang dipakai Baldwin dengan kesan darah juga dirampas.
Baldwin berada di set untuk penggambaran filem "Rust" di mana tembakan daripada senjata apinya dilepaskan secara tidak sengaja.
Pengarah Sinematografi Halyna Hutchins, 42, maut ditembak di bahagian dada manakala pengarah Joel Souza, 48, yang berdiri di belakangnya cedera.
Tiada maklumat jelas tentang jenis senjata api dan jumlah das tembakan yang dilepaskan diketahui setakat ini.
Tiada pertuduhan dibuat susulan kejadian tembakan tersebut setakat ini.
BACA: White House ucap takziah insiden tertembak kru di set, Baldwin masih disiasat
BACA: Tertembak mati kru penggambaran, Alec Baldwin tampil dengan kenyataan pertama
Astro Awani
Sat Oct 23 2021

Halyna Hutchins, 42, (gambar) maut ditembak di bahagian dada manakala pengarah Joel Souza, 48, yang berdiri di belakangnya cedera. -Instagram @halynahutchins

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.

vivo lancar BlueOS
BlueOS dibina berasaskan Rust sebagai rangka kerja utama.

Pertuduhan membunuh petugas set pada 2021 ke atas Baldwin dikurangkan
Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan terhadap pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin berkaitan kematian seorang petugas set filem 'Rust" pada 2021.

Tembakan di set filem: Pelakon Alec Baldwin akan didakwa
Pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin akan didakwa atas pertuduhan menembak maut kru filem di set penggambaran filem baharunya Rust pada 2021.

Insiden babitkan Alec Baldwin: Laporan forensik FBI dapati picu pistol ditarik
Pelakon yang memenangi Golden Globe, sebelum ini mendakwa dia tidak menarik picu pistol.

Keluarga mangsa tembakan di set penggambaran saman Alec Baldwin
Mereka mendakwa kesemua yang dinamakan itu tidak mempraktikkan amalan standard industri perfileman.

Tertembak kru penggambaran: Alec Baldwin menegaskan tidak memetik picu pistol
Alec Baldwin menegaskan bukan beliau memetik picu pistol yang telah melepaskan peluru hidup serta meragut nyawa kru penggambaran.

Alec Baldwin tidak tahu senjata api berisi peluru hidup - Waran
Waran itu dikeluarkan supaya penyiasat boleh mendokumentasikan lokasi kejadian di ladang Santa Fe di mana kejadian berlaku.

Alec Baldwin tertembak mati kru, cederakan pengarah semasa penggambaran 'Rust'
Tembakan itu berpunca daripada pistol yang digunakan pelakon terkenal Hollywood Alec Baldwin semasa pengambaran filem terbaharunya Rust.