PENYANYI Datin Alyah berkongsi kisah pemilihan nama buat anak angkatnya iaitu Nur Izzara.
Ilham Dari Nama Restoran
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 43, dia menamakan Nur Izzara apabila mendapat ilham ketika berkunjung ke sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.
“Saya tak pernah letak nama anak ataupun anak saudara, jadi satu hari ketika saya mahu pulang ke Kuala Lumpur, saya singgah di R&R Ayer Keroh dan ada restoran nama Izzara di situ.
“Saya nak letak nama Izara Aishah tapi nanti keliru pula dengan pelakon Izara Aishah.
“Jadi ibu saya nasihat agar letak Nur di hadapan jadilah Nur Izzara,” kongsi Alyah.
Alyah ditemui pada sidang media program reality Gimme The Mic di The Bee, Publika, pada Khamis.
Dalam Proses Jadi Ibu
Dalam pada itu, pelantun lagu Kisah Hati itu turut mengakui dia kini masih dalam proses menjadi seorang ibu.
“Saya kerap jaga anak suadara tapi anak sendiri lain sedikit sebab dia akan bersama kita 24 jam, jadi perasaan saya sangat risau.
“Ketika The Hardest Singing Show, Nur Izzara sudah ada bersama saya tapi saya belum mendedahkan pada umum.
“Saya risau apabila pergi bekerja tetapi anak masih tidak sihat dan saya sedang melalui proses menjadi ibu,” katanya.
Tak Rancang Ambil Anak Angkat
Berkongsi lanjut, Alyah menganggap ia rezeki apabila dia dan suami yang juga maestro ternama, Datuk Ramli MS dikurniakan Nur Izzara kerana mereka tidak merancang untuk mengambil anak angkat sebelum ini.
“Saya tak pernah rancang ada anak angkat, ramai yang mahu beri pada saya sebab saya rasa komitmen anak ini bukan macam kucing.
“Setelah saya kerjakan haji dan saya dapat bayi ini selepas dua hari dilahirkan.
“Saya tak dapat kongsi kenapa bayi ini tidak bersama ibu bapanya, tapi saya rasa ini rezeki saya dan Tok Ram,” ujarnya.
Jun lalu, Alyah berkongsi berita gembira apabila dia dan suami mengambil anak angkat ketika mengadakan majlis cukur jambul dan akikah anak perempuannya itu.
Untuk rekod, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia. -Gempak
Gempak
Sun Jul 14 2024

Alyah menganggap ia rezeki apabila dia dan suami, Datuk Ramli MS dikurniakan Nur Izzara kerana mereka tidak merancang untuk mengambil anak angkat sebelum ini. -Gempak

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Alyah dedah dapat ilham nama anak dari restoran di R&R Ayer Keroh
Alyah menganggap ia rezeki apabila dia dan suami, Datuk Ramli MS dikurniakan Nur Izzara kerana mereka tidak merancang untuk mengambil anak angkat sebelum ini.

THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.

Alyah kongsi keadaan Tok Ram selepas diserang vertigo
Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Singapura, namun terpaksa berpatah balik kerana belum memperbaharui permit kereta.

"Arwah yang bawa saya dalam industri ini"- Alyah dedah Ridzuan Hashim saudaranya
Alyah mendedahkan Ridzuan Hashim mempunyai pertalian keluarga dengannya dan merupakan individu terawal yang membantu kerjaya seninya.

COVID-19: Kakak ipar Ramli MS terpaksa ditidurkan
Akibat COVID-19, kakak ipar Ramli MS terpaksa ditidurkan kerana kesukaran bernafas.

"Saya tak naik kapal untuk suka-suka" - Alyah pertahan kunjungannya ke Langkawi
Alyah dituduh oleh segelintir netizen sebagai tidak mematuhi prosedur operasi standard kerana merentas negeri ketika pelaksanaan PKP.

Ramli MS terima menantu
Anak perempuan Ramli, Nadiah melangsungkan pernikahan dengan jurugambar profesional, Taufiq Nadzri.

Enam tahun kahwin tanpa zuriat, Alyah tenang hadapi soalan cepumas Hari Raya
Alyah tidak pernah mengelak seandainya soalan mengenai zuriat diajukan kepadanya malah dia berani untuk berdepan situasi sedemikian.

Alyah pelik bagaimana dia boleh menikahi Ramli MS
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan, semasa bujang, dia tidak pernah menyukai Ramli MS.
.jpg)
Demi zuriat, Datin Alyah rancang buat rawatan kesuburan IVF
Penyanyi Datin Alyah mengakui ada merancang untuk melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) demi mendapatkan zuriat.