Agak lama tidak berita mengenai dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2014) iaitu Aman dan Nuha.
Bagaimanapun baru-baru ini Astro Gempak mendapat berita bahawa mereka berdua ini sedang hangat dilamun cinta.
Namun jangan salah sangka, mereka hanya bercinta menerusi telefilem istimewa berjudul ‘Ketupat Jantung Hati’ yang bakal disiarkan menjelang Aidilfitri ini.
Menurut Aman, lakonannya kali ini agak mencabar kerana dia membawakan watak sebagai seorang lelaki yang gagap.
“Sejujurnya memang sukar untuk menjadi seorang yang gagap dan saya juga ada buat rujukan untuk lebih menjiwai watak saya.
“Bila dah terbiasa dengan watak itu, sampai masa bila waktu habis ‘shooting’ pun kadang-kadang saya masih gagap.” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Tambah Aman lagi dia tidak kisah membawa karakter sebagai orang yang gagap kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Saya lebih suka jika ditawarkan untuk berlakon dengan pelbagai karakter kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Selain itu saya juga boleh lihat dan cabar sejauh mana keyakinan serta kebolehan saya untuk membawakan watak lain.
“Saya tidak mahu hanya membawakan karakter yang sama kerana bagi saya untuk menjadi pelakon yang baik kita perlu belajar untuk membawakan pelbagai jenis watak,” jelasnya.
Selain Aman, Nuha, Ewal, Ziha, Firman dan bekas pelajar AF2014 yang lain juga turut membintangi telefilem tersebut.
Saksikan Ketupat Jantung Hati pada 1 Syawal, 17 Julai 2015, jam 10.00 pagi.
Sinopsis:
Ketupat Jantung Hati tentang misi Tok Atan untuk mencari suami ideal kepada enam orang anak perempuannya.
Kriteria utama adalah keupayaan mereka untuk mengayam ketupat supaya legasi ketupatnya dapat diteruskan.
Gempak
Fri Jul 17 2015
Namun jangan salah sangka, mereka hanya bercinta menerusi telefilem istimewa berjudul Ketupat Jantung Hati yang bakal disiarkan menjelang Aidilfitri ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
Aman & Nuha AF2014 Bercinta?
Agak lama tidak berita mengenai dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2014) iaitu Aman dan Nuha.

Firman juara Akademi Fantasia 2014
Kemenangan Firman menepati ramalan ramai apabila berjaya memukau penonton dengan dua persembahannya di pentas akhir sekaligus dinobatkan juara.

Nuha, Aman, Ewal, Firman, Adel ke pentas akhir Akademi Fantasia 2014
Nuha, Aman, Ewal, Firman dan Adel diumumkan layak ke pentas akhir AF2014 yang akan diadakan minggu hadapan.

Impian Nina, Zarif ke final #AF2014 ranap
Impian dua pelajar #AF2014 Nina dan Zarif musnah apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert suku akhir.

Hattan percaya kritikan juri mampu bantu pelajar #AF2014
Komen yang diberikan secara menyeluruh berserta tip-tip yang sesuai mampu membantu para pelajar meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.

AF2014 Minggu ke-3: Farez tersingkir, Zarif dan Nina mata terendah
Farez, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan, tersingkir selepas mendapat undian terendah pada konsert minggu ketiga sebentar tadi.

AF2014: Wawa pelajar pertama tersingkir
Wawa, atau nama sebenarnya Walfadhilah Suhaizat, menjadi pelajar pertama yang tersingkir dalam program realiti Akademi Fantasia musim ini.

Tiada penyingkiran di konsert pertama, Hattan pengetua #AF2014
Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi malam Ahad dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.