KUALA LUMPUR:Dalam dunia serba moden hari ini, masih lagi ada manusia yang tergamak melakukan onar terhadap orang lain melalui perbuatan khurafat seperti amalan sihir atau santau.
Yang sentiasa menjadi mangsa pula lazimnya tidak tahu apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga terpaksa menanggung beban penderitaan.
Itulah yang sedang dialami penyanyi dan pelakon terkenal, Andi Bernadee.
Dalam perkongsian di akaun Instagram peribadinya tengah malam tadi, dia mendakwa menjadi mangsa perbuatan khianat.
Artis berusia 30 tahun itu memuat naik video menunjukkan paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur.
Selain itu, seekor katak kering pula, kata Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile ditemui di bumbung kediamannya.
Andi mendakwa, perbuatan khianat itu bukanlah kali pertama dilaluinya kerana sebelum ini dia pernah menjamah ‘benda kotor’ yang diletakkan dalam makanannya.
"Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Yogyakarta, Indonesia.
"Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua. Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam.
"Saya susah nak lelap mata serangan kali ini. Mata rasa nak tutup, tetapi tidak dapat tidur. Saya berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit," kata Andi seperti dilaporkan BH Online.
Sebetulnya, kata penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde itu, dia enggan untuk mempercayai segala perbuatan karut sedemikian.
Bagaimanapun, dalam pada cuba untuk melaluinya dengan penuh kekuatan yang ada dalam dirinya, Andi berasakan dia semakin tewas.
“Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.
"Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia.
"Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay," kata Andi lagi.
Sehubungan itu, selepas berikhtiar mencari penawar, Andi menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa.
“Saya tak tahu apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Saya anggap ini ujian Allah," katanya lagi.
Astro Awani
Wed Feb 17 2021

Andi mendakwa, perbuatan khianat itu bukanlah kali pertama dilaluinya kerana sebelum ini dia pernah menjamah benda kotor yang diletakkan dalam makanannya. - Gambar Instagram ANDI BERNADEE

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 11 Mac 2025
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 11 Mac 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi ini.
Ai Revolution: Will Malaysia’s workforce sink or swim?
As AI reshapes industries, Malaysia faces the challenge of ensuring its workforce remains competitive and adaptable. While reskilling programs and certifications like those under MBOT aim to bridge skill gaps, their true impact on employability remains uncertain. With AI advancing rapidly, how can Malaysia future-proof its workforce and prevent recurring cycles of reskilling?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 11 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Andi Bernadee disihir, paku karat, katak kering 'dihantar' kepadanya
Penyanyi Andi Bernadee dedah dirinya menjadi mangsa sihir, tidak boleh tidur malam, meraung dan memekak sekuat-kuatnya.

Big Stage Unplugged bakal tiba!
Ha, tidak lama lagi anda bakal menyaksikan Big Stage Unplugged yang dikuasakan oleh Hotlink RED.

"Populariti juga penting dalam pertandingan nyanyian" - Ernie Zakrie
Penyanyi Ernie Zakri tidak menolak elemen populariti merupakan antara perkara yang penting dalam sebuah pertandingan nyanyian.
.jpg)
Big Stage: "Afieq Shazwan ada kelebihan sebab ....." - Tajul
Bintang rancangan realiti Big Stage, Tajul mengakui risau dengan kelebihan yang ada pada penyanyi Afieq Shazwan.