PASANGAN selebriti China, Huang Xiaoming, 44, dan Angelababy, 32, mengesahkan akhirnya telah bercerai selepas 7 tahun berkahwin.
Bagaimanapun, mereka berpisah secara baik dan akan membesarkan anak mereka yang baru berusia lima tahun bersama-sama.
"Bersyukur atas sejarah yang lepas, kami masih keluarga pada masa akan datang," kata pasangan itu menerusi kemas kini akaun Weibo pada Jumaat.
Perkara sama turut disahkan oleh agensi pasangan itu dan tiada komen lanjut boleh dikongsikan mengenai perpisahan mereka.
Mengimbas semula, Huang dan Angelababy atau nama sebenarnya Angela Yeung mula bercinta sekitar 11 tahun lalu sebelum mengumumkan hubungan mereka pada 2014.
Mereka berkahwin pada 2015 dan Angelababy telah melahirkan anak sulung mereka, Little Sponge pada Januari 2017.
Kisah rumah tangga mereka menjadi sorotan apabila timbul khabar angin mengenai ketegangan mereka pada Julai 2019, namun Huang menafikan dakwaan itu.
Hal itu tercetus selepas perceraian pasangan berprofil tinggi Korea Selatan, Song Joong-ki dan Song Hye-kyo serta pasangan pelakon Fan Bingbing dan Li Chen.
Mengukuhkan dakwaan apabila Huang dan Angelababy mengadakan persembahan berasingan di Festival Gala Mid Autumn China Central Televisyen.
Pada Januari 2021, Huang muncul di pentas bersama bekas teman wanitanya, pelakon China Li Feier.
Perkahwinan Angelababy dan Huang menjadi perhatian dunia kerana menjadi acara paling mewah yang menelan belanja sekitar AS$31 juta (RM128 juta).
Dalam acara tersebut, pasangan itu menjemput 2,000 orang tetamu untuk menjadi saksi penyatuan mereka.
Selain itu, acara mereka dikejutkan dengan kek perkahwinan setinggi 2.5 meter yang mengambil masa sebulan untuk dihasilkan.
Angelababy yang digelar sebagai Kim Kardashian China itu menyarung busana ball gown rekaan Dior yang menggunakan 35 meter fabrik satin dan 51 meter tulle.
Gaun itu pula mengambil masa lima bulan untuk disiapkan.
Dalam majlis sama, Angelababy dihadiahkan sebentuk cincin berlian enam karat Chaumet bernilai AS$1.5 juta (RM6.2 juta).
Angelababy merupakan pelakon dan penyanyi China yang membintangi pelbagai filem dan siri televisyen.
*Artikel asal di portal Gempak
Gempak
Sun Jan 30 2022
Pasangan selebriti China, Huang Xiaoming, 44, dan Angelababy, 32, mengesahkan akhirnya telah bercerai selepas 7 tahun berkahwin. -Gempak
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.