PETALING JAYA: Menentukan bakat dan kebolehan seorang artis itu tidak semudah yang disangka, apatah lagi mengukur tahap kejayaannya.
Penulis lirik prolifik, Datuk Habsah Hassan berpendapat, seni adalah bidang yang luas dan memerlukan pembabitan ramai, justeru meletakkan penilaian bagi seorang artis atau hasil seni juga harus melihat pada pelbagai aspek.
"Bidang seni ini, untuk menentukan di mana kita berada, ia harus melibatkan ramai orang. Mungkin seorang artis itu boleh menyanyi, berlakon, tulis lagu dan sebagainya.
"Tetapi akhirnya kita kena lihat, bagaimana penerimaan orang ramai terhadap hasil karyanya?
"Sebagus mana atau setinggi mana pun bakat seseorang artis, dia masih memerlukan pendapat orang lain. Kena berfikiran terbuka kerana seni itu dihasilkan untuk dinikmati orang ramai," katanya ketika ditemui Astro AWANI di pejabatnya baru-baru ini.
Beliau mengulas 'pergaduhan' di media sosial membabitkan kumpulan peminat beberapa artis, antaranya termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna dan Aina Abdul.
Ia bermula apabila seorang pengguna media sosial memuat naik pendapatnya di Twitter dengan mengatakan Yuna lebih berbakat daripada Siti Nurhaliza, atas alasan Yuna mampu menghasilkan lagu sendiri.
"Yuna memang seorang yang berbakat dalam penghasilan lagu. Beliau mempunyai niche market sendiri, tetapi bagaimana kita nak ukur kejayaan beliau berbanding Siti Nurhaliza?
"Tak mungkin ada seorang individu dalam dunia ini yang menguasai semua perkara kerana setiap orang ada kepakaran dan bidangnya.
"Jadi untuk membandingkan kualiti seseorang artis hanya berdasarkan bakat dan apa yang dia boleh buat, tidak bolehlah.
"Kejayaan seseorang artis itu ditentukan oleh bukan sahaja bakat, tetapi juga penerimaan orang ramai, kesungguhan artis itu sendiri dan dibantu juga faktor nasib atau rezeki," jelasnya yang sudah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu nyanyian deretan artis popular tanah air.
Menamakan Aina dan Naim Daniel sebagai antara penyanyi yang mempunyai kebolehan baik dalam penciptaan lagu dan lirik, beliau bagaimanapun menasihati artis angkatan baharu agar tidak mudah hanyut dengan populariti.
Ini kerana mengekalkan populariti dan konsistensi terbukti sangat sukar dilakukan.
"Semasa saya mempengerusikan MACP (Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia), ada sebuah kumpulan yang kutipan royaltinya sangat tinggi pada satu tahun. Malah Datuk M. Nasir juga ditewaskan mereka.
"Tetapi tahun itu sahaja. Selepas itu mereka hilang kerana lagu-lagu mereka sudah tidak diputarkan lagi. Sedangkan M. Nasir, sudah bertahun pun masih dapat royalti tinggi.
"Berapa ramai artis kita yang muncul sejak 10 tahun lepas, naik sekejap, kemudian hilang. Sayang, kerana mereka ada bakat.
"Sebagai orang yang berkarya, jangan sasarkan lagu kita untuk 'hidup' setahun dua sahaja. Jangan cepat perasan hanya kerana kita ada berjuta peminat di media sosial, kerana yang ramai itu mungkin hanya suka kita untuk beberapa tahun sahaja," nasihat beliau lagi.
Madiha Abdullah
Tue Apr 18 2023
![Artis pandai buat lagu lebih berbakat? Ini komen Habsah Hassan... Artis pandai buat lagu lebih berbakat? Ini komen Habsah Hassan...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/71533131536_HabsahHassan.jpg)
Kata Habsah, meletakkan penilaian bagi seorang artis atau hasil seni harus melihat pada pelbagai aspek.
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731767074_TBJamal.jpg)
Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.
![Artis pandai buat lagu lebih berbakat? Ini komen Habsah Hassan... Artis pandai buat lagu lebih berbakat? Ini komen Habsah Hassan...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/71533131536_HabsahHassan.jpg)
Artis pandai buat lagu lebih berbakat? Ini komen Habsah Hassan...
Kata Habsah, meletakkan penilaian bagi seorang artis atau hasil seni harus melihat pada pelbagai aspek.
![Dakwaan salah guna dana royalti, SPRM mulakan siasatan Dakwaan salah guna dana royalti, SPRM mulakan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602465487_MenaraSPRM.jpg)
Dakwaan salah guna dana royalti, SPRM mulakan siasatan
Royalti-royalti yang dikutip itu disyaki tidak disalurkan kepada artis mahupun pencipta lagu.