KUALA LUMPUR: MALAM tadi mungkin menjadi malam yang sangat bermakna buat semua peminat penyanyi Indonesia, Tulus.
Selepas Sewindu Tour pada 2019, peminat kembali mengubati rindu apabila dapat melihat Tulus mengadakan persembahan di Malaysia pada 5 dan 6 Januari lalu.
Bagi pemilik nama Muhammad Tulus, dia juga gembira dapat ke Malaysia untuk berjumpa dan membuat persembahan secara langsung di hadapan para peminatnya.
“Saya sangat senang dapat kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di hadapan anda sekali lagi, dalam masa yang ada ini.. saya akan cuba menyampaikan lagu sebanyak mungkin untuk anda.
“Semalam (Khamis) saya turun ajak peminat untuk nyanyi bersama saya, tapi saya ada berita baik dan buruknya.
“Yang baiknya saya dapat mendekati peminat-peminat saya tapi yang buruknya suara peminat saya semua sedap-sedap, saya rasa tercabar.. Jadi hari ini tidak perlu ya, saya tahu semua boleh menyanyi dengan baik sekali,” guraunya.
BACA: Tulus kembali ke Malaysia untuk Konsert Jelajah Sewindu
Peralihan setiap lagu dalam Pertunjukkan Fabulous Friday Tulus malam tadi memberi makna yang tersendiri apabila para peminat seolah menelusuri setiap lagu yang mempunyai ceritanya sendiri.
Tulus menyampaikan 15 buah lagu antaranya Satu Kali, Ruang Sendiri, Gajah, Sewindu, Monokrom dan juga Hati-hati di jalan sepanjang pertunjukan yang berlangsung selama satu jam 15 minit itu.
Penyanyi berusia 35 tahun ini turut menghiburkan para peminat dengan lagu Pamit dan Langit Abu-abu yang menjadi permintaan penonton yang hadir di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Asyraf Roslan
Sat Jan 07 2023
Tulus menyampaikan 15 buah lagu antaranya Satu Kali, Ruang Sendiri, Gajah, Sewindu, Monokrom dan juga Hati-hati di jalan sepanjang pertunjukan yang berlangsung selama satu jam 15 minit itu. - Gambar Shiraz Project
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Hezbollah di Lubnan mengumumkan upacara pengebumian Hassan Nasrallah, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel. Ketegangan terus memuncak di selatan Lubnan.
Turki pertahan Palestin, temui pemimpin Hamas di Qatar
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, bertemu pemimpin Hamas di Qatar, membincangkan gencatan senjata dan sokongan kemanusiaan, serta menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
Bagai menelusuri buku cerita, terubat rindu melihat Tulus beraksi
Vokal dan karya Tulus begitu dekat dengan pencintanya di Malaysia.
'Semoga rindu ini hilang' - Konsert Tulus di Kuala Lumpur 5, 6 Januari 2023
Penyanyi versatil, Tulus bakal terbang ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan peminat di konsert - Fabulous Friday presents Tulus- yang berlangsung pada 6 Januari 2023.
Single terbaharu Tulus cipta sejarah, lagu Indonesia pertama tembusi Spotify Global Top 50
Menurut Chart Data, ia merupakan lagu Indonesia pertama yang berjaya disenaraikan dan berada di kedudukan 42.
Tulus kembali ke Malaysia untuk Konsert Jelajah Sewindu
Bangga, itu merupakan perkataan pertama keluar dari mulut penyanyi Tulus apabila ditanya pengalamannya dapat berduet dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Jelajah Siti Nurhaliza on Tour bermula di Jakarta
Kira-kira 3,000 peminat dari dalam dan luar republik itu tidak ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Siti Nurhaliza on Tour di Istora Senayan Jakarta.
Terkejut 'Tulus' diterima pendengar Indonesia
Aril teruja apabila single duet terbarunya bersama penyanyi Indonesia, Terry tersenarai dalam carta top 10 di Indonesia.