KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, meninggal dunia pada 7,40 malam Rabu.
Khabar duka itu dikongsi menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi In-Team, hari ini.
"Sahabat kami yang kami kasihi. Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam
.
"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Lahu Al-Fatihah," jelas kenyataan ringkas In-Team di pautan Instagram rasmi kumpulan itu.
Allahyarham Suhaimi sebelum ini ditidurkan di iCU sebuah hospital di Johor Bahru selepas seminggu dirawat ekoran keadaan kesihatannya kurang baik.
Namun, punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd Naim (Ina Naim) bersama empat orang cahaya matanya Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony hasil perkahwinan sejak 12 Ogos 2007.
Fareez Azman
Wed Nov 15 2023

Allahyarham Suhaimi sebelum ini ditidurkan di iCU sebuah hospital di Johor Bahru selepas seminggu dirawat ekoran keadaan kesihatannya kurang baik. - Foto Astro AWANI

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Bekas penyanyi In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia
Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, meninggal dunia pada Rabu.