SEREMBAN: Penyanyi Khalis yang juga adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik kini menderita sakit dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini pada Rabu.
Adik kepada Khalis iaitu penyanyi Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari ketika dihubungi Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Khalis.
Namun, Tajul tidak menolak kemungkinan ia disebabkan buatan orang.
"Wallahulam, saya pun tak tahu. Tapi kalau orang tengok gambar abang saya, orang pun orang boleh jangkakan dia sakit apa.
"Dia sakit teruk sejak empat hari lepas sampai tidak boleh berjalan, terbaring saja dan cakap pun tak berapa betul," katanya.
Tajul berkata, dua hari lalu keluarga ada ikhtiar berubat cara Islam dan keadaan Khalis mula menunjukkan perubahan positif.
"Dia dah boleh berdiri dan bercakap. Tapi keesokannya keadaannya tak sihat semula sehingga ahli keluarga terpaksa menghantarnya ke hospital.
"Saya pun tak berkesempatan lagi balik ke Seremban, tapi sentiasa dapatkan perkembangan dengan adik-beradik lain yang ada di Seremban," katanya.
Keadaan kesihatan Khalis yang merupakan bekas vokalis The Real Spin menimbulkan tanda tanya selepas gambarnya yang didukung seseorang dengan keadaan mukanya yang pucat dan fizikal yang cengkung tular di Facebook.
Setahu Tajul, Khalis tidak mempunyai penyakit lain selain menghidap kencing manis.
Sementara itu Tajul mengharapkan doa orang ramai untuk kesembuhan abangnya itu.
"Saya memang nak balik tengok abang. Tengoklah Kalau dapat surat rentas negeri nanti, saya akan balik," katanya
Berita asal: Khalis, abang penyanyi Tajul derita sakit
Sinar Harian
Fri Apr 09 2021

Gambar Khalis yang pucat dan cengkung tular di Facebook. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas vokalis 'The Real Spin' Khalis derita sakit
Keadaan kesihatan Khalis menimbulkan tanda tanya selepas gambarnya yang didukung seseorang dengan keadaan mukanya yang pucat dan fizikal yang cengkung tular di media sosial.