Pelakon Malaysia yang kini ditahan di penjara di Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan sedang menderita dari aspek kesihatan akibat penyakit asma yang sangat kronik.
Anak kepada pelakon ternama Allahyarham Azean Irdawaty itu dikhabarkan sering mengalami kesukaran bernafas sehingga hampir disahkan mengidap penyakit batuk kering atau Tibi.
Memandangkan masih menjalani hukuman akibat kesalahan menyeludup dadah, Benjy berhadapan dengan masalah kewangan yang kritikal bagi menampung kos perubatan dan rawatannya.
Berkongsi penderitaan yang dialami Benjy, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, aktor itu menyampaikan permintaannya agar dia dibantu bagi meringankan bebannya.
"Tahap kesihatan Benjy agak kronik,...penyakit asma dan kesukarannya untuk bernafas agak kronik dan dia memerlukan sumbangan bagi kos perubatan dan perawatan hampir disahkan menghidap penyakit tibi," kata Zed dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis.
BACA: "Bukan salah ibu mengandung" - netizen simpati nasib Benjy
Menurut Zed, dalam pertemuan dengan Benji di penjara di Medan, beberapa hari lalu, Benjy tidak mampu menyembunyikan kesedihan dan kekesalannya dengan apa yang berlaku.
Kesedihan Benjy, jelas Zed, tambah berganda kerana lawatan beliau dan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah tempoh hari merupakan kunjungan sulung daripada kenalan dari Malaysia.
"Sewaktu kita secara peribadi bertemu dengan Benjy, dia terus peluk saya dan tidak melepaskan saya.
"Dia memberitahu dengan nada sebak, ini kali pertama menerima lawatan kenalan dari Malaysia," kata Zed lagi.
Bertitik tolak pada kunjungan ke penjara itu memberikan idea kepada Zed dan Seniman untuk melancarkan tabung bagi menampung keperluan Benjy sepanjang menjalani hukuman.
Benjy, kata Zed, memerlukan antara RM500 hingga RM600 sebulan bagi menampung kos perubatannya.
"Dari aspek pemberian sumbangan dan kaedah penyaluran bantuan kita akan lakukan kajian. Kita akan memastikan Benjy dapat menerima duit secukupnya bagi kos perubatan, makanan dan juga kos menampung kehidupan di penjara.
"Kami berharap agar kita dapat terus membantu Benjy bagi menghadapi hukumanya dengan sempurna," kata Zed lagi.
Dalam masa sama, Zed juga menyampaikan pesanan Benjy yang memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membantunya menampung kos rawatan dan mendoakan kesejahteraan.
Serentak itu, Zed mengumumkan pelancaran Tabung Prihatin Seniman dan Seniman Run 2.0 yang bertujuan mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli ahli seniman yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
Dalam pada itu, pada majlis yang sama Zed Zaidi turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy.
Firdaus Alauddin
Thu Dec 20 2018
BENJY (kiri) menerima kunjungan Zed Zaidi (kanan) dan Hafiz Nafiah yang mewakili persatuan Seniman di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia baru-baru ini. Foto Koleksi Zed Zaidi
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Benjy semakin derita, hampir positif sakit Tibi
Benjy menderita akibat penyakit asma dan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos perubatan