Pattani, sebuah wilayah di selatan Thailand yang tanahnya sering diwarnakan dengan merah darah dan pergolakan itu entah bila akan tamat.
Sebut sahaja Pattani, ramai yang akan mengaitkan nama wilayah itu dengan kisah pergolakan antara penduduk tempatan dan kerajaan Thailand.
Cerita dan berita yang sering sampai adalah bagaimana penduduk di wilayah tersebut berdepan dengan pergolakan dan siri-siri letupan bom yang mengorbankan banyak nyawa.
Namun tidak ramai yang tahu, sejak lebih 15 tahun yang lalu, Pattani melahirkan ramai pelukis-pelukis hebat yang mana karyanya sudah menjelajah hingga ke Amerika Syarikat.
Dalam kalut pergolakan dan letupan bom, pelukis-pelukis dari Pattani menghasilkan karya-karya yang membuka mata pengamat seni dari seluruh dunia.
Lebih menarik lagi apabila ramai dari kalangan pelukis ini adalah golongan wanita yang menghasilkan karya-karya hebat dan mengkagumkan.
Morne Art Gallery yang menyedari kehebatan kerja seni wanita dari Pattani ini membawa hasil-hasil karya sebahagian dari pelukis wanita dari sana.
Pemilik galeri, Morne Hashim menjelaskan pelukis-pelukis wanita dari Pattani tidak pernah meletakkan pergolakan dan segala masalah di wilayah itu sebagai halangan untuk mereka menghasilkan karya-karya yang hebat.
"Pada saya artis wanita di Pattani ni jiwa mereka sangat besar, sekiranya mereka ingin menentang sesuatu isu politik, mereka dengan beraninya akan melahirkan bantahan atau ketidakpuasan atau apa-apa saja isu atau kegembiraan dalam karya-karya mereka.
"Ada yang bila saya tanya, apa cita-cita atau apa yang mereka mahu capai dalam bidang seni atau lukisan, jawapannya mudah, mahu jadi suri rumah yang baik.
"Maksudnya mereka tidak melihat bahawa menjadi suri rumah itu adalah satu halangan untuk menghasilkan karya-karya yang hebat," katanya kepada Astro AWANI ketika pelancaran 'Kali Ini Kita Bersama. Serantau Sebahagian' di Balai Seni Negara baru-baru ini.
Manakala pengarah tersohor U-Wei Haji Saari yang juga kurator pameran ini berpendapat karya pelukis-pelukis wanita Pattani ini bukan sekadar untuk hiasan sebaliknya ia mempunyai cerita tersendiri.
"Kekuatan mereka kerana mereka ada perkara yang mereka nak selesaikan iaitu isu yang "mengganggu" perasaan mereka dan itu yang mengukuhkan cerita mereka dan dengan itu mereka membawa cerita setempat mereka.
"Kehebatan pelukis-pelukis wanita ini mereka tidaklah terlalu mahu menonjol atau memberitahu "hey saya adalah artis" tetapi karya-karya mereka itu bercakap untuk mereka," katanya.
Bagi Prof Jehabdullah Jehsorhah, tenaga pengajar di Universiti Songkla yang mencurahkan ilmu kepada pelukis-pelukis di Pattani, masyarakat di wilayah itu kini menerima bahawa menghasilkan karya seni juga merupakan satu pekerjaan yang mampu menjana pendapatan.
Katanya, satu ketika dahulu, jika ada anak atau cucu yang menconteng dinding mereka akan dimarahi tetapi kini ia digalakkan kerana ia dilihat potensi untuk menjadi seorang pelukis.
"Suatu ketika dahulu, ramai yang tidak minat untuk menjadi pelukis atau menggalakkan anak-anak mereka menjadi pelukis kerana mereka tidak nampak apa gunanya lukisan dan karya-karya seni.
"Tetapi sejak 18 tahun yang lepas, keadaan sudah mula berubah, lukisan atau hasil-hasil seni sudah boleh diterima malah ibu bapa juga memberi galakan jika ada anak mereka berminat untuk menjadi pelukis.
"Ini satu perkembangan yang sangat bagus untuk kegiatan seni di Pattani," katanya.
Kali Ini Kita Bersama. Serantau Sebahagian akan berlangsung di Balai Seni Negara sehingga 15 Ogos ini.
Selain karya-karya pelukis dari Pattani, ada juga penyertaan dari pelukis-pelukis wanita dari Malaysia, Yogyakarya dan Singapura.
Pameran ini merupakan siri kedua yang dianjurkan oleh Morne Art Gallery selepas kejayaan siri pertama pada 2016.
Irwan Muhammad Zain
Thu Jul 25 2019
Dalam kalut pergolakan dan letupan bom, pelukis-pelukis dari Pattani menghasilkan karya-karya yang membuka mata pengamat seni dari seluruh dunia. - Gambar Astro AWANi/Shahir Omar
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Biarpun bergolak, Pattani lahirkan ramai pelukis wanita yang hebat
Sejak 18 tahun yang lalu, ibu bapa sangat menggalakkan anak-anak menceburi bidang lukisan.