DALAM kita menyaksikan persembahan bertenaga dan menantikan keputusan siapa bakal bergelar juara malam tadi, berlaku gurauan tidak diingini dalam program hiburan Big Stage.
Gurauan mengenai tubuh badan, membuatkan peserta Big Stage 2020 Usop dikecam hebat netizen kerana mempermainkan bentuk tubuh badan pengacara Sherry Alhadad.
Namun tidak menunggu lama, penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah ini telah melakukan permohonan maaf secara langsung semasa konsert itu dijalankan.
Menurutnya, dia sedar akan kesilapan itu dan mengambil keputusan untuk memohon maaf secara langsung.
"Sebab itu saya minta maaf, sebab saya melawak kadang-kadang tak sedar.
"Lagipun rancangan ini disiarkan secara langsung. Saya tahu saya akan kena dengan mereka, jadi lebih baik saya minta maaf secara berhadapan juga," katanya semasa ditemui Astro AWANI.
Dia juga menyatakan bahawa jika diikutkan dia juga antara mangsa body shaming, namun tidak pernah ambil peduli dengan perkara tersebut.
"Kalau nak sentuh pasal body shaming, ramai juga yang pernah body shame saya, tapi saya tidak ambil hati dengan perkara tersebut.
"Jadi sekali lagi saya minta maaf dengan Sherry," tambahnya.
BACA: Big Stage: Bawa lagu Aku Bidadari Syurgamu, Azzam dapat pujian Siti Nurhaliza
BACA: Tepati ramalan, Azzam Sham juara Big Stage 2020
BACA: Walau cetus kontroversi, Ajai sifatkan pengalaman di Big Stage begitu bermakna
Pada masa sama, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor menyatakan bahawa dia reda dengan peluang kedua yang diperolehinya itu yang meletakkan dia di tempat kedua sekali lagi.
Baginya, dia sudah dapat merasakan bahawa Azzam Sham akan menjuarai program yang melahirkan bintang seperti Sissy Iman, Wani Kayrie, Irfan Harris, Han Byul, dan Sarah Suhairi.
Usop mempertaruhkan lagu Arjuna dan Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali di pentas akhir Big Stage 2020.
Asyraf Roslan
Mon Oct 05 2020

Usop mohon maaf kerana mempersendakan bentuk badan pengacara Sherry Alhadad. -Astro AWANI

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Usop ikrar jadi suami terbaik buat Nur Fatihah
Naib Juara Big Stage 2020, Usop akhiri zaman bujang dengan menikahi Nur Fatihah yang berasal dari Pulau Pinang.

Big Stage 2020: 'Sayang Kak Sherry' - Usop minta maaf tak sengaja 'body shame' pengacara
Usop dikecam hebat netizen kerana mempermainkan bentuk tubuh badan pengacara Sherry Alhadad.

Tepati ramalan, Azzam Sham juara Big Stage 2020
Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekat Qody Rany, Dinnie Rashid dan Usop.

Big Stage 2020: 'May the best man win', siapa pilihan juara anda?
Siapa yang bakal bergelar juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi?

Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Sandra, 26 tahun, itu dikongsikan rakan penyanyinya, Sufie Rashid di laman Instagram peribadinya.