DUNIA hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan khabar kematian salah seorang pemain drama bersiri popular, Snowdrop, Kim Mi Soo.
Menerusi laporan media tempatan, Kim Mi Soo meninggal dunia pada usia 31 tahun.
Namun punca kematiannya pada usia yang masih terbilang muda dan secara mengejut ini tidak diketahui.
Munurut pihak agensi Landscape Entertainment, mendiang akan disemadikan di Sungsim Funeral Home. Ia akan dilaksanakan secara tertutup atas permintaan keluarga.
“Kami mempunyai khabar yang cukup berat untuk dikongsi. Aktres Kim Mi Soo telah meninggal dunia secara mengejut pada 5 Januari 2022.
“Keluarga dan sahabat terdekat sangat berdukacita mendengar khabar ini.
“Kami memohon agar tidak ada pemberitaan bersifat spekulasi mengenai kematiannya demi menghormati perasaan keluarga yang masih terkejut dengan pemergiannya,” kata kenyataan yang dikeluarkan pihak agensi.
Untuk rekod, Mi Soo memainkan peranan Yeo Jung Min dalam drama Snowdrop yang merupakan rakan kepada Young Ro yang dimainkan oleh Jisoo Blackpink.
Mi Soo debut pada tahun 2018 menerusi penampilannya dalam Lipstik Revolution. Selain itu, dia juga terkenal menerusi drama Hellbound dan Hi, Bye Mama!
Snowdrop pula menjadi projek terakhirnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK.
Gempak
Wed Jan 05 2022

Untuk rekod, Mi Soo memainkan peranan Yeo Jung Min dalam drama Snowdrop yang merupakan rakan kepada Young Ro yang dimainkan oleh Jisoo Blackpink. - Foto Astro GEMPAK
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bintang "Snowdrop" Kim Mi Soo mati mengejut
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan khabar kematian salah seorang pemain drama bersiri popular, Snowdrop, Kim Mi Soo.