Aktress Rozita Che Wan atau Che Ta akui mula melakukan perubahan hidup selepas anak sulungnya, Ammar tidak mahu hidup susah ketika dia baru menjadi ibu tunggal lebih sepuluh tahun lalu.
Che Ta berkata dia tercabar dan bangkit menyara hidup anak-anaknya selepas ditinggalkan bekas suami di rumah yang kecil.
"Semasa saya berkahwin dengan bekas suami dahulu saya terus berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya serta menguruskan anak di rumah.
"Namun selepas sepuluh tahun saya berkahwin, kami berpisah dan dari tinggal di rumah banglo depan kelab golf saya bawa anak-anak ke appartment yang kecil.
"Ammar setiap malam menangis kerana dia tidak mahu tingga di rumah yang kecil. Ketika itu saya rasa sangat tercabar.
"Saya perlu buat sesuatu supaya anak-anak tidak rasa perubahan hidup," katanya menerusi temu bual di dalam program realiti, The House epsiod 1.
Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.
The House telah mula ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu sejak 18 Januari lalu.
Episod 1 telah mula jadi trending di laman sosial YouTube dengan 871 731 tontonan sejak lima hari yang lalu.
Namun ia bakal menemui penonton dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.30malam bermula 25 Januari 2017.
Gempak
Tue Jan 24 2017

Che Ta akui mula melakukan perubahan hidup selepas anak sulungnya, Ammar tidak mahu hidup susah ketika dia baru menjadi ibu tunggal. - Gambar Astro GEMPAK
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Che Ta tercabar Ammar nak tinggal di banglo, tak mahu rumah kecil
Aktress Rozita Che Wan atau Che Ta akui mula melakukan perubahan hidup selepas anak sulungnya, Ammar tidak mahu hidup susah ketika dia baru menjadi ibu tunggal lebih sepuluh tahun lalu.