SUSULAN namanya termasuk dalam senarai boikot gerakan Blockout 2024, penyanyi Daiyan Trisha tampil mempertahankan dirinya.
Menerusi hantaran diruangan Insta Story miliknya, Daiyan menjelaskan dia sesekali tidak pernah melupakan nasib yang menimpa saudara Islam di Palestin.
“Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing-masing. Niat kita, Allah saja yang tahu. Reda Allah, Dia saja yang tahu.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestine. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, ini juga memohon maaf dan berjanji akan berusaha dengan lebih baik untuk membantu rakyat Palestin.
“Tak apa, saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestine dengan pelbagai upaya, kerana itulah yang paling penting sekali.
“Ini cara yang saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestine,” coretnya.
Daiyan juga turut berkongsi bukti resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin menerusi empat badan berbeza bagi membantu mangsa perang di negata tersebut.
Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah hingga RM100,000.
Selain Daiyan, netizen Malaysia juga turut menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Zionis.
Antara yang tersenarai adalah Siti Saleha, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi. - Gempak
Gempak
Tue May 14 2024

Daiyan menjelaskan, dia sesekali tidak pernah melupakan nasib yang menimpa saudara Islam di Palestin.

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.

Sokong Palestin, Daiyan Trisha tak kisah hubungan dengan jenama antarabangsa terjejas
Biarpun menyedari perkongsian itu akan menjejaskan hubungan kerja dengan jenama antarabangsa, namun Daiyan percaya segala rezeki hanya datang daripada Allah.

Aedy Ashraf bersuara spekulasi berkait Daiyan Trisha, Ahirine Ahiruddin
Aedy berkata tulisan dalam sebuah buku yang diterbitkan seorang rakan industri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dirinya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

'Diserang anxiety, badan lebam-lebam' - Daiyan Trisha berkorban demi Sumpahan Jerunei
Daiyan berkata, babak-babak yang dilakukannya agak ekstrem sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam, jangkitan pada telinga dan serangan anxiety.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

'Saya bukan tumpang populariti Aedy Ashraf' - Daiyan Trisha
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menegaskan antara dia dengan Aedy Ashraf adalah kawan biasa.

"Saya minta maaf" - Daiyan Trisha positif COVID-19, yakin ada hikmah di sebalik ujian
Daiyan Trisha terus jalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif COVID-19.

Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif
Kempen Apa Khabar Anak Seni menjadi ruang untuk kalangan pekerja industri kreatif bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.

'Projek: Anchor SPM' cipta fenomena, penonton desak mahu musim kedua
Bukan sahaja mendapat kadar rating yang tinggi malah, penonton setia juga mendesak agar drama bersiri itu disambung untuk musim yang kedua.

'Projek: Anchor SPM' bukan 'Bad Genius' kerana...
Siapa dah bersedia nak ambil SPM balik?