MENCARI jalan penyelesaian yang baik bukanlah bermaksud pasangan selebriti terkenal Diana Danielle dan Farid Kamil akan kembali bersama.
Enggan menimbulkan salah faham, Diana tampil menjelaskan kenyataannya semasa temu bual berhubung keputusan sebutan kes hadanah yang berlangsung pada Rabu.
"Mencari jalan penyelesaian tidak bermakna akan kembali semula. Jangan salah faham pula dengan kenyataan saya," katanya menerusi Insta Story.
Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur tersebut dilihat masih menutup ruangan komen di Instagram miliknya.
Terdahulu, Diana dan Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes hadanah atau hak penjagaan anak mereka pada Rabu.
Diana ketika ditemu bual media berkata tuntutan itu dibuat untuk mendapatkan keadilan buat dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sebutan kes berjalan lancar kerana mendapat kerjasama baik daripada Farid dan mahkamah melanjutkan hak penjagaan sementara kepada Diana sehingga 30 Mei depan.
"Semua berjalan dengan baik, saya tak nak ulas lebih lanjut, cuma doakan yang terbaik dan harap kita boleh buat kesimpulan dan penyelesaian.
"Ini bukan menang kalah, sebaliknya nak yang adil untuk anak-anak," kata Diana.
Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana.
Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora. -- Gempak
Gempak
Thu Apr 06 2023

Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana. - Gempak

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.

'Farid berangan, setahun diberi peluang tapi gagal' - Diana Danielle rasa dizalimi, mohon talak segera
'Tindakan Farid amat memualkan, tidak berpijak di bumi nyata. Dia berangan, tiada apa untuk diselamatkan. Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang tapi dia gagal'

Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur

'ASP Jennifer Wong' bawa Elizabeth Tan ke FFM33
Tan berkata beliau tidak menjangka watak ASP Jeniffer Wong dalam filem itu berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan juri FFM33.

Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.

Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak

"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.

Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.

Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."

'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."